Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 20 April 2010

Umno-BN Tak Berani Kacau Pakatan Rakyat Selangor

KUALA KUBU BAHARU 20 Apr - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Umno dan Barisan Nasional tidak lagi berani mengacau pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana perpaduan anggota pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri adalah mantap.
"Di Selangor kita tidak ada masalah kerana jumlah ADUN Pakatan Rakyat ramai. Kalau dia (Umno-BN) kacau-kacau pun dia bising saja. Saya yakin dan mereka pun takut nak lawan," kata Khalid ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah semalam bahawa boleh memohon kepada Sultan Kedah untuk membubarkan DUN sekiranya ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar parti.

"Itu terpulang kepada Menteri Besar Kedah tetapi ini menunjukkan keprihatinan beliau tentang tanggungjawabnya sebagai pentadbir. Sekiranya selalu dikacau oleh mereka (Umno-BN) yang memporak-perandakan pentadbiran ini sudah tentu akan merugikan rakyat Kedah, jadi saya rasa pandangan beliau kalau dia tak dapat mentadbir rakyat akan rugi. Oleh itu beliau fikir beliau akan ambil beberapa langkah termasuk boleh jadi membubarkan Dewan Negeri Kedah jika tidak dapat mentadbir dengan aman," komen Menteri besar selepas sidang media harian di pusat media Pakatan Rakyat di sini tengahari tadi.
Setakat ini dua ADUN, kedua-duanya dari KEADILAN telah bertindak menjadi anggota Bebas - ADUN Lunas dan terbaru ADUN Bakar Arang. Kerusi Kota Seputeh milik BN juga diisytiharkan kosong oleh Speaker Kedah tahun lepas.
Ditanya mengenai persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, Khalid berkata beliau yakin semua masalah termasuk logistik akan dapat selesaikan dalam masa terdekat.
"Saya yakin semua masalah akan dapat kita atasi kerana rakyat di Hulu Selangor sunhgguh bersemangat mahu melihat Pakatan Rakyat menang," kata beliau lagi.SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....