Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 24 April 2010

Hulu Selangor:Najib Bersumpah Lagi !!!

HULU SELANGOR, 24 April — Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.
Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.
Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.
Turut hadir pada persinggahan kempen di sini — malam terakhir kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor ialah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Najib membuat sumpah berhubung isu kematian wanita Mongolia ini ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008.
Ketika itu beliau merupakan timbalan perdana menteri.“Saya tak kenal dia,jangan tuduh,” kata Najib lagi.“Satu pembohongan besar dan dahsyat,” kata beliau.
Sejak Altantuya dibunuh banyak tuduhan dilemparkan terhadap Najib, antara lain mendakwa beliau ada hubungan wanita berkenaan.TMI

2 ulasan:

Rafi Harumin berkata...

adakah sumpah itu akan mampu mengiyakan?

Tanpa Nama berkata...

mungkin ya...bagi mereka...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....