Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 27 Mac 2010

Syarat Anwar Untuk Calon PRK Hulu Selangor

KUALA KUBU BHARU 27 Mac - Ketua Umum KEADILAN menggariskan beberapa pra-syarat penting bagi seseorang xalon yang bakal dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor termasuk yang berkelayakan teguh dasar perjuangan serta tidak mudah termakan dengan sogokan wang ringgit.
"Bagi Hulu Selangor saya nak beri jaminan kita pilih calon dari kalangan PAS, DAP, KEADILAN yang layak ilmunya, baik pendirian politik, teguh dasar perjuangan serta tidak bimbang sama sekali dia termakan sogokan wang ringgit dan menjadi alat perkakas Umno dan Barisan Nasional.
"Saya minta kerjasama dan sokongan siapa sahaja kita umumkan setelah kita sepakat dengan ketiga-tiga parti," ucap Anwar dihadapan lebih 10,000 penyokong di Stadium Kuala Kubu Bharu malam tadi.
Kebetulan majlis ceramah anjuran Pejabat Parlimen Hulu Selangor itu diadakan sehari selepas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia akibat barah otak.

Pada ceramah tersebut Anwar melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia' yang menjadi tema siri ceramah beliau diseluruh negara sejak tiga bulan lalu.
Ceramah malam tadi boleh dianggap sebagai permulaan secara tidak rasmi kempen pilihan raya kecil yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan daripada kerakusan dan kezaliman umno-BN kerana keadaan negara semakin terancam dan rakyat tidak lagi selamat.
"Walaupun Najib kata 1Malaysia sebenarnya kita ada 2Malaysia - satu Malaysia untuk Najib dan Rosmah dan satu Malaysia lagi untuk rakyat bawahan yang senang ditindas, dipijak.
"Kita berdepan dengan suatu kuasa zalim yang merompak harta rakyat tidak mengapa walau sebesar gunung mana bukti kita beri tapi lepas semua. Sebab itu ada dua Malaysia," kata Anwar lagi.
Turut hadir pada ceramah itu termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan R. Sivarasa, Datuk Zaid Ibrahim, Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar, wakil-wakil rakyat KEADILAN serta pimpinan KEADILAN Selangor.
Anwar yang berucap kira-kira 45 minit berkata kerajaan negeri Selangor akan memastikan rakyat semua kaum terutama yang miskin akan dibantu di Hulu Selangor.
"Dalam masa dua tiga minggu ini saya cadangkan semua rakyat Hulu Selangor minta apa sahaja projek atau keperluan daripada BN. Kalau masjid minta bumbung baru, kalau permaidani buruk minta tukar yang baru, mintalah sebanyak mungkin kerana lepas dia (BN) kalah takdalah jangan harap.
"Tiap-tiap kuil, sekolah Tamil, sekolah Cina mesti minta. Kalau gerai minta sebanyak yang mungkin. Kalau kain dia bagi satu katakan tak cukup nak empat. Kalau dia beri RM100, alhamdulillah minta RM200, diberi RM200 minta RM400 lepas tu pangkah Pakatan Rakyat," beliau berkata secara berseloroh tapi sarat dengan makna.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah Umno-BN terus mengasak peribadi beliau di dalam Parlimen sehingga perbahasan tidak lagi berkisar menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong tetapi membahaskan 'pidato Anwar'.
"Mereka berusaha untuk menggugurkan kelayakan saya sebagai Ahli Parlimen dengan membuat bermacam-macam dakwaan dan fitnah di dalam Parlimen. Berpuluh-puluh anggota Umno-BN bangun dan membuat berbagai tohmahan dan fitnah seolah-olah mereka berbahas mengenai pidato Anwar bukan lagi titah Yang DiPertuan Agong," jelas Anwar lagi.SK

2 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saudara DSAI , gua rasa lebih baik lu saja yang bertanding kat Hulu Selangor kerana buat masa kini keadaan masa tidak stabil dengan kelakuan YB YB dari PKR yang ternyata bangsat (menjadi Katak)dengan mengianati pengundi pengundi .Kalau lu saudara DSAI masih nak calonkan dari wakil PKR para pengundi masih ragu ragu dengan perwakilan dari PKR untuk bertanding .Kalau lu saudara DSAI masih nak letak calon dari PKR , lu letak lah diri lu sendiri kerana lu masih ada jatidiri.

Tanpa Nama berkata...

Ketepikan Zaid Ibrahim sekejap. Bukan beliau tidak layak. Tetapi ini adalah pilihanraya kecil. Faktor tempatan perlu diambil kira. Ape kata Ust Badrul Amin sebagai calon ?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....