Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 29 Mac 2010

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Dibebas

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Setiausaha Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud yang ditahan untuk siasatan, dipercayai berkaitan dengan krisis Istana Kelantan sejak Khamis lalu, dibebaskan atas jaminan polis petang ini.
Menurut anggota keluarganya, Wan Hashim dibebaskan kira-kira 4 petang tadi.
Beliau yang disambung reman selama dua hari semalam berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kerana masalah kesihatan.
“Saya baru saja keluar dari balai polis, buat urusan jamin,” kata anggota keluarga berkenaan yang kemudiannya pergi ke hospital untuk membawa pulang Wah Hashim.Beliau keluar dari hospital kira-kira pukul 6.05 petang
tadi.Dalam pada itu, Bernama melaporkan menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Wah Hashim telah dibebaskan petang ini dengan jaminan polis setelah ditahan reman empat hari.

Polis masih menjalankan siasatan rapi berhubung penahanannya dan akan merujuk kes itu kepada Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, katanya kepadapemberita di sini.Khamis lepas, polis menahan lelaki itu yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini, dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.
Dia ditahan pada 9 malam dan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penyamaran dan berikutan itu telah ditahan reman.
Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Musa juga berkata polis telah mula memperketatkan kawalan di beberapa lokasi sempena Majlis Penganugerahan Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah-darjah
kebesaran, bintang-bintang, pingat-pingat dan surat kepujian oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra di Istana Balai Besar di sini, esok.
“Kita berharap keadaan di sini tenang dan majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....