Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 10 Mac 2010

Sertai Pas? Kenyataan Terbaru Zulkifli Nordin


PETALING JAYA: Setelah menerima tentangan hebat daripada pemimpin PAS, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akhirnya membuat keputusan untuk mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas tanpa menyertai mana-mana parti politik termasuk yang kononnya memperjuangkan Islam itu.
Menurutnya beliau tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk menyertai PAS kerana lebih selesa bergerak secara bebas.
"Janganlah khuatir saya selesa dengan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Bebas, dan saya akan kekal begitu insyAllah.
"Sehingga kini Saya tak terfikir pun nak sertai mana-mana parti politik," katanya dalam entri terbaru blog http://zul4kulim.blogspot.com/.
Beliau menjelaskan demikian setelah dihina dengan pelbagai label negatif oleh pemimpin PAS selepas beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana bertegas dalam isu membabitkan akidah.
Kecaman berkenaan bagi memberi tekanan kepada kepimpinan tertinggi PAS agar tidak menerima beliau sebagai ahli parti itu.
Zulkifli bagaimanapun melabel golongan yang mengecamnya sebagai 'badut hingusan' kerana menyerangnya tanpa asas.

"Saya agak geli hati dan pelik melihat beberapa badut hingusan terkinja-kinja melenting kononnya membantah saya menyertai PAS... sedangkan saya tak mohon masuk (PAS) pun," katanya.
Isu bantahan Zulkifli menyertai PAS mula timbul apabila Naib Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS sedia membuka pintu kepada sesiapa sahaja termasuk Zulkifli jika mereka mendokong semangat dan perjuangan PAS.
Bagaimanapun kenyataan itu mendapat tentangan hebat pelbagai pihak termasuk seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan menyatakan parti itu tidak akan menerima Zulkifli kerana akan mendatangkan masalah selain bagi menjaga hubungan kerjasama sesama Pakatan Rakyat.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Zulkifli berkata: "Entah bila saya mohon masuk PAS? Saya sekadar menghormati kenyataan Datuk Tuan Ibrahim yang juga seorang ulama, saya hormati pelawaan beliau untuk menyertai PAS.
"Saya sekadar menjawab yang saya akan kaji pelawaan beliau dengan serius... itu sahaja."
Selain itu, Zulkifli turut menasihati 'badut hingusan' yang mengecamnya supaya mencontohi cara Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memberi komen mengenai isu ini.
"Saya rasa elok badut-badut hingusan ini ambil pengajaran daripada ustaz Nasrudin kerana kenyataan beliau mencerminkan kematangan dan kewibawaan yang jelas.
"Beliau sekadar menyatakan sesiapa pun berhak memohon untuk menjadi ahli PAS dan hak PAS untuk menimbang untuk terima atau tidak, cantik kenyataan macam itu," katanya.
Bagaimanapun beliau menghormati kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Bendahari parti itu, Dr Hatta Ramli yang tidak bersetuju dengan kemasukkannya ke dalam PAS kerana mereka lebih mengutamakan hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.Mstar

5 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Perangai cam tu siapa yang nak pungut

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Betul Pak..

Pembenci Munafiq berkata...

La... Idup lagi ke loyer buruk ni... Ingat kan dah berhijrah ke KOrea sebab nak jadi AP di sana ... Aku ingat elok lah mamat tong sampah ni pi KOrea Utara dan bertanding sebagai Presiden ... Boleh jugak islamkan kominis disana...

Tanpa Nama berkata...

Kasi sama UMNO lah Pak Karmu...amacam? kita timbang kati jer mamat nih!

Belum masuk lagi, Pas dah angkat senapang nak tembak dia...tertunduk malu Zul berlalu pergi minta sedekah plak ke UMNO....

gitulah nasib insan hina!!!

azman kamarul berkata...

Salam.....memang jenis orang ni tak sedar diri angkuh,sombong...ada ke mana-mana nak offer dia masuk parti berkenaan...UMNO LAH kalau nak pun.

Dua tahun lagi jadi MP terlepas lah tu..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....