Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 Mac 2010

Agong tidak dimaklumkan pemecatan saya – Anwar

KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Perdana (TPM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada 2 September 1998 mendakwa pemecatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) ketika itu, Datuk Seri Dr. (kini Tun) Mahathir Mohamad dilakukan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada Seri Paduka Baginda (SBP) Yang Di Pertuan Agong (YDPA) ketika itu Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (kini almarhum).
“Tatkala saya dirawat di Munich, Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Najihah berkenan menziarahi saya.
Ketika itu, Almarhum memaklumkan saya dengan disaksikan oleh Tuanku Najihah (Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin) dan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar) bahawa Baginda tidak dimaklumkan mengenai pemecatan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan hanya memberi perkenan pada minggu berikutnya,” kata Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh itu.
Menurut Anwar, Hakim yang memutuskan kes itu semalam sekadar membaca berjela-jela isu yang tiada kaitan berhubung kuasa PM melantik dan menyingkir menteri.
“Hakim membaca berjela isu yang tidak berkaitan mengenai kuasa Perdana Menteri melantik dan menyingkir menteri; Raja Berperlembagaan bertindak “atas nasihat”.
Perkara tersebut tidak pun dipertikai.

Yang dibangkitkan ialah berkaitan Perkara 43(5) bahawa perlantikan dan penyingkaran sah hanya dengan perkenan SPB YDP Agong.
Dalam kes saya, ini tidak berlaku,” katanya kesal.
Anwar turut memberitahu, keputusan hakim semalam sekadar memperkukuh kedudukan PM  kerana keputusan itu hanyalah “mere formality”, yang bercanggah dengan Perkara 43(5) dan meletakkan PM berkuasa mutlak mengenepikan YDP Agong.
“Aneh sekali keputusan Hakim, berbeza pula dengan kes Perak – di mana Raja diberi kuasa mutlak,” tambah Ketua Umum PKR itu diblognya.
Semalam, panel Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya daripada jawatan kabinet pada 2 Sept 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim Alauddin berkata PM  ketika itu, Mahathir, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat anggota kabinetnya.

Menurutnya, YDPA selaku raja berperlembagaan, dikehendaki bertindak selaras dengan nasihat Perdana Menteri.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, peguam bela Anwar,Sankara Nair dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan keputusan itu walaupun akur keputusan itu adalah muktamad.
Yang menjadi pertikaian bagi pasukan peguambela Anwar sehingga kini adalah behubung kaedah pemecatan Anwar berdasarkan sepucuk surat pecat bertarikh 2 September 1998 daripada Dr. Mahathir kepada anak guaman mereka, Anwar.Erapakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....