Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 23 Mac 2010

16 Sept : Pembohongan Zahrain Terbukti,Bung Moktar Pula Nafi


Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin semalam menafikan dakwaan anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau merupakan antara lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.
Bung Moktar (gambar) berkata beliau juga tidak pernah berjumpa dengan mana-mana wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tujuan itu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan besar.
“Saya tidak pernah jumpa mana-mana pihak PKR untuk melompat sebab saya bukan kaki lompat, saya kaki pukul... mana cakap tidak betul (dalam dewan) kita pukul sebab kita anak jantan, mesti berani punya.
“Saya tidak pernah terlibat sama ada pertembungan secara langsung kecuali saya terjumpa dengan ketua pembangkang dalam satu penerbangan, dia duduk depan dengan isteri, saya duduk belakang. Dia datang jumpa saya tanya apa khabar, saya cakap baik... bila nak ikut, ikut apa, dia kata sudah ada 30 orang, awak ada 30 orang bentuk kerajaanlah, itu sahaja,” katanya.

Beliau membuat pendedahan itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini.
Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkata tidak terlintas sedikitpun dalam fikiran beliau untuk menyertai pembangkang bagi membentuk kerajaan dan mendesak agar anggota PKR yang lain bangkit daripada tidur dan angan-angan pembangkang itu.
“Saya minta kawan-kawan daripada PKR jangan lagi terpedaya. Bangkitlah daripada tidur, bangunlah daripada buaian mimpi kerana tiada satu parti ditubuhkan atas dasar benci, dendam boleh perintah negara, sebelum rakyat menghukum lebih teruk, kalau sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.
Bung Moktar turut mengucapkan tahniah kepada Zahrain yang kini menjadi wakil Bebas setelah keluar parti 12 Feb lepas dan menyifatkan Zahrain bertindak sedemikian kerana sudah mendapat petunjuk daripada Tuhan untuk ke landasan yang benar.
“Yang lain saya tidak boleh cakap belum ada petunjuk tetapi mungkin mereka belum terbuka hati mereka oleh Allah, saya simpati dengan mereka yang belum mendapat petunjuk, saya berdoa satu hari sebab tiada yang boleh ubah hati manusia selain daripada diri mereka dan Allah,” katanya.
Khamis lepas, selain Bung Moktar, Zahrain turut mendedahkan bahawa Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), serta seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat merupakan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan agenda pembangkang membentuk kerajaan pada 16 Sept 2008. — Bernama

1 ulasan:

jantan ibnu jantan berkata...

memang betul bung mokhtar berani,bukan saja dia berani menghentam zahrin,zizie pun dia hentam juga tapi hentam suami pada isteri le tu...hentam2 sayang...kah kah kah....aku pun teringin juga nak mcm bung tu...nak berbinikan artis,klu boleh biar le yg cun melecun mcm zizie.....jgn marah ye bung...klu le bung ni berani berjuang atas platfom pakatan tentu lagi hebat dia menghentam demi kebenaran...kan ye tu bung....syabas kita anak jantan mesti berani kan ke bung....bila mengaku diri anak jantan ...bukan saja kena berani untuk berkata benar....tapi juga jgn anak jantan takut kat bini....arwah mak aku kata...klu org jantan takut kat bini tu namanya JANTAN KELEPER....kah kah kah...tu bahasa org melaka zaman2 dulu2 kala2....ni le kadang2 pikir punya...klu org jantan klu tak takut kat bini....tu le sebabnya yg ada jantan yg sampai 4bini dia...kan kan kan....tapi ok le tu...bukan nya apa tu...cuma nak menyelamatkan anak2 gadis yg susah nak dapat laki...kan kan kan...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....