Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Februari 2010

Mahkamah Benarkan Permohonan Isteri Kedua Sultan Kelantan


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, membenarkan permohonan isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad untuk melawat suaminya, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra disampaikan melalui polis terhadap pihak yang menghalangnya.

Hakim Tinggi Syarie, Mohd Yusof Awang membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) yang difailkan peguam plaintif, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengeluarkan perintah iaitu membenarkan plaintif melawat suaminya yang kini dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pada setiap pagi Sabtu sehingga pagi Isnin bagi setiap minggu.

Namun, perintah itu gagal dilaksanakan kerana mendapat halangan dari tiga pihak yang dinamakan sebagai responden dalam kes ini.


Ketiga-tiga responden tersebut ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, seorang pengawal peribadi, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan seorang pekerja istana, Zaiton Hussien Merican.

Peguam plaintif, Fakhrul Azman ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya membuat permohonan tersebut untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu menyerahkan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah terhadap anak guamnya pada perbicaraan yang lalu.

Pada prosiding semalam, Cik Puan Elia Suhana, 31, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 3 petang diiringi peguamnya untuk menghadiri perbicaraan.

Sebelum ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JAHEAIK, Hasnan Ramli kepada wakil media 30 Disember tahun lalu.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....