Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 16 Januari 2010

Kristian Sabah-Sarawak boleh terus guna Kalimah 'Allah',kenyataan Nazri di selar





Imbang PenuhDalam keputusan yang bakal mengundang tuduhan bahawa agama diperalatkan untuk tujuan politik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kaum bukan Islam dibenarkan terus mengguna kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi bukan di Semenanjung Malaysia.

Ini kerana orang Kristian di Sabah dan Sarawak sudah lama menggunakan kalimah itu dalam upacara sembahyang dan keagamaan mereka , Nazri di petik berkata oleh akhbar Borneo Post.

Ditanya sama ada keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah meletakkan dua standard berbeza untuk penggunaan kalimah Allah, Nazri berkata Malaysia banyak mempunyai undang-undang berlainan bagi keperluan tertentu.

Beliau merujuk kepada wujudnya undang-undang syariah dan sivil di Malaysia sebagai contoh kenapa Umno-Barisan Nasional membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi tidak di Semenanjung.

“Orang Kristian di Sarawak and Sabah tidak perlu bimbang bersabit isu ini kerana ia menjadi tradisi di sini. Saya pernah menghadiri majlis sembahyang Kristian Iban dan mendengar kalimah Allah digunakan,” kata beliau.”

“Bagaimanapun kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam gereja di Semenanjung Malaysia dan orang Krisitian di dua negeri itu harus menghormati peraturan ini bila berada di Semenanjung.”

Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk Kristian yang tinggi berbanding di Semenanjung.

Tindakan Umno-Barisan Nasional membenarkan penduduk bukan Islam di dua negeri berkenaan terus menggunakan penggunaan kalimah Allah di lihat sebagai keperluan untuk memastikan sokongan berterusan untuk parti itu.

Keputusan itu memberi impak yang besar, khususnya di Sarawak yang akan menghadapi pilihanraya kecil negeri tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Khalid Samad berkata kenyataan Nazri membayangkan sifat hipokrit Umno-Barisan Nasional.

“Cara Nazri buat sekarang ini, orang keliru kerana tidak faham…sebab itu kita perlu jelaskan dari sudut hukum, hukumnya adalah harus. Sekarang dari kaedah yang Nazri buat, pendirian Umno macam bercanggah,” tegas beliau.

“Pada satu saat, (Umno kata) tidak boleh sama sekali, haram, milik orang Islam sahaja . Dan bila dia kata di Sabah boleh. Ini mengelirukan,” tambah beliau.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Mohd Akin berkata Umno harus menghentikan sandiwara politiknya, terutama sekali dalam isu-isu membabitkan agama.

“Di Semenanjung, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan UMNO khususnya seolah-olah menggalakkan berlakunya demonstrasi dan bantahan walaupun mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak,” kata Samsul.

“Kenyataan Nazri menggambarkan kecetekan pemahaman beliau dalam Perlembagaan. Pada masa sama pendekatan kerajaan yang keras dan agresif ini akan menimbulkan kekacauan dan akhirnya akan ada sekatan terhadap pihak-pihak seperti Kristian untuk mengamalkan agama mereka,” tambah beliau.

Dalam wawancara dengan Borneo Post, Nazri turut membayangkan kerajaan menjangka keganasan akan meletus jika Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan Krisitian The Herald menggunakan kalimah Allah.

Beliau berkata jangkaan itu tepat. Sekurang-kurangnya 10 gereja di Semenanjung dan Sarawak menjadi sasaran bom petrol dan vandalisme.

Nazri mendakwa Umno-Barisan Nasional tidak dapat mengambil sebarang tindakan menyelesaikan isu itu setelah pihak akhbar Krisitian berkenaan menfailkan permohonan di mahkamah bersabit isu itu.

Pakar-pakar perundangan dan pembangkang bagaimanapun menjelaskan isu itu boleh dirundingan ketika proses perbicaraan masih berjalan. tvselangor

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....