Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 Januari 2010

Isu Pas Selangor:Khalid hadap jawatankuasa disiplin PAS petang ini, Hasan Sabtu



PETALING JAYA, Jan 7 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan menghadap jawatankuasa disiplin PAS bagi memberikan keterangan lisan berhubung dakwaan dikenakan Dewan Harian PAS Selangor terhadap beliau, petang ini.
Seorang lagi pemimpin PAS dari Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula akan berbuat demikian pada pagi Sabtu ini.
Khalid akan hadir di ibu pejabat PAS di ibu negara pada pukul 3 petang manakala Hasan pula sekitar 9 pagi Sabtu ini.
Pengerusi jawatankuasa disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider pihaknya akan memberikan peluang kepada kedua-dua mereka untuk menjelaskan beberapa perkara berhubung tuduhan yang dikenakan.
Bagaimanapun beliau tidak menjangkakan dapat membuat keputusan hari ini juga bagi Khalid dan Hasan pada Sabtu ini.

"Saya rasa kami belum boleh membuat keputusan esok (hari ini), kerana kami akan memberi masa tambahan kepada Khalid dan Hasan jika mereka mahu membawa saksi masing-masing," katanya.
Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Selangor manakala Khalid merupakan bekas timbalannya dan anggota Lajnah Politik PAS.
"Jawatankuasa disiplin mahu kedua-dua mereka memberikan keterangan lanjut tentang beberapa perkara dan kami juga mahu mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
"Sekiranya mereka mahu membawa saksi, mereka boleh membawa untuk memperkukuhkan alasan mereka," kata beliau.
Dalam pada itu Khalid ketika dihubungi juga mengesahkan akan menemui jawatankuasa disiplin 3 petang ini.
"Saya berharap dapat memberi keterangan yang diperlukan jawatankuasa disiplin... saya mengharapkan (keputusan) yang terbaik," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pertemuan beliau dengan jawatankuasa disiplin menerusi tulisan blognya semalam, Khalid berkata, "saya menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa disiplin hasil aduan yang dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor terhadap diri saya."
"Saya telah menjawab surat berkenaan dan meminta supaya diberi peluang bertemu untuk menjelaskan isu-isu yang ditimbulkan dengan lebih lanjut lagi.
"Maklumlah, apa sangat yang boleh diceritakan melalui surat. Pada masa yang sama, saya telah menjelaskan bahawa insya-Allah dari 8 ke 11 Januari saya akan ke Kuching, Sarawak dan dari 25 Januari ke 12 Februari saya akan berada di Timur Tengah.
"Oleh itu saya telah dipanggil untuk mengadap pada 7 Januari," katanya.
Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam memberitahu beliau bercadang untuk menjelaskan sebab beliau telah melakukan apa yang telah dilakukan dan mengapa tindakannya adalah wajar demi menjaga imej PAS sebagai sebuah parti Islam yang jujur dalam persahabatannya.
"Semoga persoalan ini ditangani dengan segera, dibetulkan apa yang perlu dibetulkan, diketatkan apa yang perlu diketatkan dan dilonggarkan apa yang sepatutnya longgar dan seterusnya kita semua boleh beri tumpuan kepada persoalan menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.
Jawatankuasa disiplin yang bertemu bulan lalu mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan Khalid, dua pemimpin PAS Selangor.
Kedua-dua mereka sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti. Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....