Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 Januari 2010

Gambar Kemalangan Kereta Datuk Sri Nizar





SUMBER IMEJ:Perak Ekspress&The Star

IPOH: Menteri Besar PR Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin cedera ringan di bahagian kaki apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di sini, pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika itu dalam perjalanan ke pusat bandar untuk ke klinik gigi sekitar jam 9.20 pagi.
Setiausaha Politik beliau, Misbahul Munir Masduki berkata, Nizar cuba mengelak sebuah kereta sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan menyebabkan keretanya terbalik.
Beliau berjaya merangkak keluar daripada keretanya sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan menerima rawatan pesakit luar.
Bagaimanapun, Nizar ditahan di wad untuk satu malam selepas ujian kesihatan menunjukkan beliau mempunyai masalah tekanan darah tinggi.Mstar

1 ulasan:

mdikhqoi berkata...

Respon kepada kenyataan Blogger UMNO yang menyatakan kemalangan Nizar disebabkan UMNO

Kenyataan saya berkenaan Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24074:iktibar-daripada-kemalangan-nizar&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
Respon kepada moderator blog yang menyalahtafsir kenyataan saya
1. www.pisau.net
(http://www.pisau.net/2010/01/nizar-kemalangan-di-sebabkan-umno.html)

2. Panglima Perang Cyber
(http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/01/edisi-hangat-kemalangan-nizar-dirancang.html)

Dalam surat yang saya hantar kepada harakahdaily.net mengulas kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar yang berlaku pada 7 Januari 2010, tiada mana-mana prasa atau ayat yang mengaitkan kejadian ini dengan perbuatan khianat UMNO ataupun bermotifkan politik.
Masyarakat mengetahui punca kejadian adalah disebabkan YB Dato Seri cuba mengelak daripada sebuah kereta Volvo yang datang dari arah bertentangan. Cuba kebetulan kejadian itu berlaku berhampiran Bangunan UMNO Perak dan Hotel Casuarina.
Dalam hal ini, saya hanya mengulas daripada sudut peri-pentingnya menjaga keselamatan YB Dato Seri daripada sebarang ancaman, bahaya dan malapetaka. Dan tanggungjawab itu perlu dipikul secara amnya kepada Pakatan Rakyat Perak dan khususnya kepada kepimpinan PAS Negeri, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.
Kecelakaan yang menimpa Prof Dato Zulkifli Mohamad juga diketahui mencetuskan polimek yang hebat ketika itu sehingga memaksa Almarhum Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di Dewan Parlimen yang menafikan sebarang unsur khianat yang berlaku dalam kejadian itu.
Disini sekali lagi saya tegaskan, saya menafikan sekeras-kerasnya yang menyatakan Kemalangan YB Dato Seri Ir Mohamad Nizar bermotifkan politik apatah lagi didalangi oleh UMNO

Sekian, terima kasih.
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....