Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 Januari 2010

Gereja, sekolah di Taiping pula jadi sasaran serangan


Gereja All-Saints’ Church, di Taiping, Perak yang dikatakan menjadi sasaran serangan pertama membabitkan Gereja diluar Lembah Kelang


KUALA LUMPUR, Jan 10 — Gereja kelima menjadi sasaran serangan malam tadi, kali ini melibatkan All-Saints’ Church, gereja yang bersejarah di Taiping, Perak.
Turut menjadi sasaran kali ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, yang beroperasi sejak 1899 tetapi kemudian berpindah ke lokasi baru di Convent Lane pada 1938.
Ia merupakan serangan pertama di luar Lembah Klang yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah”.

Polis mengesahkan kedua-dua kejadian itu.
Kedua-dua premis itu dibaling dengan koktel molotov tetapi bom petrol itu tidak meletup.
Gereja Anglikan itu yang terletak di Jalan Taming Sari dibina pada tahun 1886.
Semalam polis menerima satu lagi laporan mengenai cubaan membakar sebuah gereja, Good Shepherd Lutheran Church di Jalan Othman, Petaling Jaya, menjadikannya empat kes setakat petang semalam.
Bagaimanapun, polis percaya insiden tersebut berlaku serentak dengan tiga insiden kelmarin masing-masing d Petaling Jaya, Desa Melawati dan Damansara dan hanya dilaporkan pada pukul 2 petang semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga megesahkan
laporan terbaru itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihak polis sudah menemui sedikit petunjuk mengenai suspek yang dipercayai membakar Gereja Metro Tabernacle, namun belum dapat mengenalpasti bangsa atau kewarganegaraannya.
“Saksi yang juga pengawal keselamatan sedang membantu kita bagi mengenalpasti individu tersebut. Kita percaya kesemua insiden ini dilakukan oleh kumpulan berlainan berdasarkan modus operandi yang berbeza,” katanya.
Tiga premis lain yang diserang kelmarin ialah Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, lontaran koktel molotov ke atas Gereja Metro Tabernacle menyebakan letupan disusuli kebakaran.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....