Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 25 Januari 2010

Ceramah Tok Guru Nik Aziz Di Pasir Puteh Kelantan


Tok Guru bersama Speaker Dun Kelantan Ust Nasaruddin Daud(Berbaju Puteh) dan YDP Pas Kaw.Pasir Puteh merangkap Adun Gaal,Dr Nik Mazian(Berbaju Hijau)
Ust Nasaruddin terlebih dahulu menyampaikan ceramah sebelum Tok Guru

Tok Guru sedang menyampaikan ceramah yang sememangnya di tunggu tunggu oleh semua hadirin
Sebahagian dari orang ramai yang membanjiri padang MDPP untuk mendengar amanat dari Pemimpin kesayangan ramai ini

Pada 23/Jan/2010 ambo berkesempatan mendengar Ceramah Tok Guru di Pasir Puteh Kelantan.Sebenarnya jika Ceramah Pas di adakan di sini,biasanya ambo tidak melepaskan peluang untuk hadir.Maklumlah Kg ambo di Besut(Beris Pak Abu) sememangnya bersempadan dengan Jajahan Pasir Puteh di Kelantan.
Sebelum Tok Guru menyampaikan Ceramah Ust Nasarudin terlebih dahulu menyampaikan Ceramah beliau yang berapi api.Dengan loghat Kelantan yang pekat Penceramah yang amat popular di Kelantan dan Besut ini mengupas berbagai isu tempatan dan nasional dengan di sulami jenaka membuatkan semua hadirin tidak kering gusi.Antara isu yang beliau sentuh ialah Isu Royalti dan Enjin Jet Hilang.
Sementara Tok Guru dalam Ceramahnya,beliau banyak menyentuh isu yang banyak berbangkit sekarang ini.Antaranya Tok Guru menempelek Umno yang tidak segan silu merampas Wang Royalti Kelantan tanpa mengenal dosa pahala dan terang terang tidak menghormati Pelembagaan.Tok Guru turut menyebut bagaimana UMNO sanggup menawarkan rasuah kepada Adun Pas antara 5 ke 10 juta demi merampas Kelantan sebelum PRU 12 yang lalu.Turut di sentuh Tok Guru ialah isu kebakaran gereja dan Cah Keting yang di katakan melanda Pas Kelantan mutakhir ini.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....