Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 29 Januari 2010

Bakar gereja: 3 termasuk 2 beradik didakwa

KUALA LUMPUR, Jan 29 — Tiga orang termasuk dua beradik dikenakan tuduhan menyebabkan kebakaran ke atas Gereja Metro Tabernacle di sini awal bulan ini, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara 20 tahun.
Gereja itu salah satu rumah ibadat yang berhadapan dengan serangan dan kerja vandalisme ekoran isu kalimah “Allah”.

Tertuduh terdiri daripada adik-beradik Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22; serta seorang lagi berusia 23 tahun, Azuwan Shah Ahmad.
Ketiga-tiga mereka bekerja dengan syarikat khidmat penghantaran.
Mereka dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan didakwa di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu bertindak dengan niat untuk membawa kemusnahan terhadap bangunan.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mahkamah menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula kes.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....