Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 30 Disember 2009

Husam Sedia Bersemuka Keluarga Tok Guru Nik Aziz

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.

Husam (gambar) juga dituduh sebagai antara mereka yang memberikan nasihat yang salah kepada Nik Aziz sehingga menyebabkan tercetusnya masalah dalaman parti itu dan kerajaan negeri Kelantan sejak kebelakangan ini.

"Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tulisan Nik Amalina Nik Abdul Aziz dalam blognya bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri wajar meletakkan jawatan.

Nik Amalina merupakan isteri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) yang telah dinasihatkan oleh Nik Aziz agar berundur dan akan berbuat demikian Mac ini.

Difahamkan tulisan Nik Amalina tersebut merujuk kepada Husam.

Sebelum tulisan Nik Amalina, Husam juga dikatakan menjadi 'kritikan' tulisan seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Kedua-dua mereka mendakwa Nik Aziz kini terpaksa berhadapan dengan isu semasa seorang diri tanpa pembelaan pemimpin PAS negeri dan pusat.

Husam berkata, dalam konteks Islam yang pertama "kita boleh bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul."

“Saya kira anggota keluarga Tok Guru bersedia. Jadi, tak payahlah surat khabar atau orang luar nak campur atau api-apikan pula,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS ini.

Menjawab dakwaan kononnya akan meletakkan jawatan, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan memberitahu, itu hanya khabar angin semata-mata.

“Hari itu surat khabar dah sebut saya nak letak jawatan. Saya dah hantar surat tuntutan saman terhadap akhbar terbabit. Sekarang ni timbul lagi?

“Sekarang ini kita sedang focus kepada perundingan petroleum, jadi tidak ada sebab saya hendak berhenti,” jelasnya.

Husam diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Beliau menyifatkan kadang-kadang media suka mengeksploitasi satu-satu kenyataan dengan menokok tambah atau mengurangkan kenyataan sebenar.

“Kita tak buat pun tanda soal, dia (akhbar) cuba masukkan... kita tak masuk pun tanda seruan... ia pula tolong buatkan,” kata beliau dengan nada sinis memberitahu, selepas selesai isu tuntutan royalti nanti akhbar boleh membuat khabar angin "Husam nak berhenti" lagi.

Malah semalam Nik Aziz menamatkan spekulasi kononnya Husam akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran Pejabat Menteri Besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS. -TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....