Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Disember 2009

Hidupkan semula pawagam, BN Terengganu salah ramuan rawat anak muda

Artikel ini di E-mel Eksklusif untuk Malaysiaberih


oleh: Anuwa Jamalullail

Laporan akhbar Berita Harian, Khamis (10 Disember) lalu mengenai kesediaan kerajaan negeri Terengganu membuka semula beberapa pangung wayang gambar (pawagam) di pusat bandaraya Kuala Terengganu wajar diberikan perhatian dan diperhalusi.

Laporan itu memetik Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw sebagai berkata kerajaan negeri bersikap terbuka dan mengalukan pemilik pawagam untuk kembali beroperasi di Terengganu.

“Tidak ada halangan yang mengekang syarikat pawagam untuk beroperasi di sini. Ia adalah proses dan prosedurbiasa seperti yang ditetapkan di negeri lain untuk membuka premis itu,” akhbar itu memetik kata-katanya.

Keseluruhan laporan berkenaan bagaimana pun secara tersirat mengandungi atau mungkin mengundang beberapa kekeliruan. Fakta salah dan juga persepsi serong yang ditanam dalam laporan ringkas itu wajar diperjelaskan satu persatu.

KEKELIRUAN pertama, kepupusan pawagam di Terengganu dikaitkan sebagai akibat dasar pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004. Antara yang disebut oleh Toh ialah kerajaan PAS meminta pengusaha pawagam memisahkan tempat duduk mengikut jantina. Menurutnya, dasar itu menyebabkan pengusaha “berpendapat adalah tidak berdaya maju untuk meneruskan operasi”.

PEMERHATIAN 1: Toh turut mengakui keadaan itu menyebabkan “wujud salah faham” seolah-olah “kerajaan negeri melarang pengeluaran permit untuk premis hiburan seperti pawagam”.

Pengakuannya itu sekali gus menggambarkan hakikat sebenar. Bahawa ia berpunca daripada salah faham, terutama akibat pandangan terlalu serong yang digema riuhkan media dan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan PAS.

Pemerintahan Islam sengaja digambarkan seolah-olah menutup terus sebarang ruang untuk hiburan. Umno-BN lah pihak paling bertanggungjawab menyuburkan persepsi negatif itu dalam masyarakat.

Ada pun dasar pengasingan tempat duduk mengikut jantina itu hanyalah penyebab tambahan. Ia sebenarnya bukan sukar dilaksanakan, tetapi sengaja dimanipulasi BN dan media talibarutnya bagi menggambarkan dasar itu sangat menyusahkan dan tidak menjadikan pawagam tidak berdaya maju untuk terus beroperasi.

PEMERHATIAN 2: Meletakkan faktor kepupusan pawagam di Terengganu secara mutlak sebagai akibat dasar pemerintahan PAS adalah suatu tohmahan tidak berasas dan amat jahat. Betul, PAS ada menggubal dan melaksanakan dasar mengawal premis hiburan, tetapi bukan menutup segenap ruang untuk itu. Mengawal tidak boleh disamakan dengan menutup.

Perlu diingat fakta sebenar bahawa pupusnya pawagam ini bukan hanya berlaku di Terengganu. Ia adalah fenomena yang dialami di seluruh negara, bahkan mungkin di seluruh dunia.

Kita perlu mengakui bahawa kewujudan pita video yang bermula dengan VHS lebih dua dekad lalu menjejaskan operasi pawagam. Keadaan itu bertambah buruk dengan berkembangnya teknologi sehingga munculnya VCD, DVD dan seumpamanya, diikuti paparan video dalam talian internet.

Pengasesan yang mudah kepada tayangan berbagai filem yang mahu ditonton menyebabkan penggemar filem tidak lagi perlu bersusah payah mengunjungi pawagam. Mereka boleh menonton dengan selesa hanya di rumah atau di mana saja mereka berada.

Mungkin barangkali oleh kerana era kemerosotan pengunjung pawagam itu berlaku hampir serentak dengan kebangkitan PAS, sehingga dapat menawan Kelantan, diikuti Terengganu, menyebabkan wujudnya persepsi negatif mengenai dasar tadi. Apa pun, bagi kita yang mendokong perjuangan Islam, itu adalah satu rahmat di sebalik ketentuan Allah Ta’ala yang Maha Bijaksana.

KEKELIRUAN kedua, laporan akhbar itu mengatakan “ketiadaan pusat hiburan seperti pawagam dan kompleks beli belah moden di bandaraya ini (Kuala Terengganu) menyebabkan banyak pihak tampil dengan kesimpulan ia menjadi punca gejala samseng jalanan”.

Menurut andaian pihak-pihak tersebut, apabila anak-anak muda yang tidak tahu apa nak buat itu tidak ada tempat tuju (pusat hiburan), menyebabkan beratus-ratus mereka menyerang pelbagai jalan di bandaraya itu hingga menakutkan pengguna lain, terutama menjelang hujung minggu.

Bagi mereka ini, kompleks beli belah dan pawagam adalah wadah untuk hiburan muda mudi, sekali gus akan dapat membanteras gejala sosial yang semakin meningkat di Terengganu.

PEMERHATIAN 1: Ini juga kesimpulan yang sangat cetek dan terpesong dari fakta sebenar. Mengaitkan gejala samseng jalanan dengan sebab tiada premis hiburan adalah andaian sangat bodoh dan tidak global. Cuba lah berfikir sedikit di luar tempurung dan pandang lah ke arah bandaraya-bandaraya lain di negara ini yang jauh lebih besar daripada Kuala Terengganu.

Di sana ada banyak pawagam, ada disko, kelab malam, pub, kafe eksklusif dan berbagai premis hiburan lagi. Apakah di sana tidak pernah diberitakan soal gejala samseng jalanan?

PEMERHATIAN 2: Betulkah kejelikan sosial anak muda kini boleh dirawat dengan membuka lebih banyak pusat hiburan? Dari mana datangnya idea yang bangang ini? Atas sandaran apa dan mengguna pakai pengkajian sarjana mana yang mendorong kepada timbulnya kesimpulan bodoh sebegitu?

Bukankah hiburan yang terlampau banyak dan tidak terkawal itu sebenarnya punca mendorong anak muda melakukan segala macam kefasadan dan keburukan perilaku mereka? Apakah dengan lambakan berbagai bentuk alatan hiburan yang mudah digunakan anak-anak muda kini masih belum mencukupi bagi mereka berhibur?

PEMERHATIAN 3: Kita tertunggu-tunggu apa kata para pemimpin Umno yang Islam dalam isu ini. Mana pengerusi Jawatankuasa Islam Hadhari dan timbalannya yang suka mencelah dan mengkritik parti lawan dalam bab agama? Ke mana pula para ulama dan asatizah yang begitu berselera mendakwa Umno juga mahukan Islam?

Kita hanya mahu mereka tegaskan, betulkah memperbanyakkan premis hiburan, terutamanya menghidupkan semula pawagam yang sudah pupus di Terengganu kini adalah ramuan yang betul untuk merawat kebejatan sosial anak-anak muda?

PEMERHATIAN 4: Sikap BN yang amat terbuka dalam bab hiburan dan pawagam ini amat tidak konsisten dengan tindakananya terhadap sekolah-sekolah agama. Sejak beberapa tahun lalu kita telah dimaklumi dengan hasrat kerajaan Terengganu mengnyahkan sekolah-sekolah agama, bermula dengan penyerahan semua sekolah menengah agama negeri (SMAN) kepada kementerian.

Ia diikuti dengan penutupan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), satu-satunya institusi pendidikan agama peringkat rendah milik kerajaan negeri. SRAB dibiarkan mati secara semulajadi apabila BN menghentikan pengambilan pelajar baru bermula sesi pengajian 2005. Kumpulan pelajar terakhirnya tamat pengajian sebaik sesi persekolahan tamat, 19 November lalu. SRAB terkubur dengan sendiri.

Jika hakikat mengenai sekolah agama dan pawagam ini dibicarakan bersama, maka kita dapat menyimpulkan bahawa BN telah sekali lagi terpesong dalam mencari penyelesaian kepada masalah sosial masyarakat. Ada double standard yang sangat ketara dalam sikap BN itu.

Di saat rakyat mengharapkan kebobrokan remaja diperbaiki dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan agama dan akhlak, jalan sebaliknya yang diambil BN Terengganu. Ia bukan sahaja berkeputusan menutup satu-satunya sekolah rendah agama miliki kerajaan negeri, malah di masa sama berlapang dada dan bersikap sangat terbuka kepada usaha menghidupkan kembali pawagam yang telah pun pupus di negeri tersebut.

Ibarat tikus membaiki labu, jangan diharapkan ia menutup bahagian yang berlubang, sebaliknya bahagian yang masih elok pula dikorek dan ditebuknya.

Semua rakyat yang mengundi BN dalam pilihan raya lalu ada saham atas kesesatan dan kefasadan ini!



1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Itulah cara orang pandir menyelesaikan masalah...ada otak ada akal tapi.....mmmmmm.

Inilah akibat tolak Islam...maka jadi caca marba..kacau bilau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....