Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 17 Disember 2009

Stadium Runtuh ; Pemimpin Umno Terengganu Tidak Sependapat




- Hishamudin Sedih, Ahmad Said Belum Terima Laporan, Shabery Sudah Arah Baiki?

KUALA TERENGGANU – Tragedi runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan terus diingati oleh rakyat dan kerajaan sebagai satu peristiwa hitam pemerintahan Umno/ BN Terengganu.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamudin Hussein meluahkan rasa sedihnya setiap kali beliau memandang kepada Stadium Sultan Mizan yang runtuh atapnya, pada 2 Jun lalu.

”Saya rasa sedih, setiap kali (kapalterbang) landing (mendarat) nampak stadium, eerrr...,” katanya berucap dihadapan wakil-wakil rakyat BN dalam majlis bersama wartawan disebuah hotel disini, kelmarin.

Menurutnya, tidak ada maknanya kalau memiliki stadium yang indah, sekiranya pemimpin Umno/BN Terengganu tidak berubah.

Sejak 2 Jun lalu, tatkala struktur dan keseluruhan bumbung stadium bernilai RM292 juta itu relai ke bumi, pemimpin Umno sering tidak sependapat berkenaan kejadian tersebut.

Semalam 16 Disember, Timbalan Pengerusi Umno Terengganu yang juga Menteri Besar berkata Kerajaan Terengganu masih menunggu laporan siasatan kejadian Stadium itu.

"Saya dimaklumkan laporan siasatan mengenai kejadian itu sudah siap dan telah dibawa ke Kabinet. Bagaimanapun kerajaan negeri belum menerima sebarang maklumat sehingga ini," kata nya sebagaimana dilaporkan agensi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco.

Ahmad berkata kerajaan negeri perlu melihat terlebih dahulu laporan itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang.

"Kita mahu laporan itu betul-betul kukuh kerana apabila dibawa ke mahkamah, kita ingin pastikan kita boleh menang sebab ia melibatkan teknikal dan banyak pandangan," katanya.

Sedangkan sebelum ini telah dua kali Ketua Penerangan Umno Terengganu yang juga Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ahmad Shabery Cheek mengeluarkan kenyataan berkaitan pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada 14 November, 2009, Shabery berkata menyatakan kabinet telah mengarahkan kontraktor asal membaiki semula bumbung stadium yang runtuh itu.

Shabery berkata semua kos untuk kerja-kerja baik pulih itu dipertanggungjawabkan kepada kontraktor asal kerana stadium berkenaan masih dalam tempoh jaminan mereka.

"Kertas siasatan mengenai kejadian itu termasuk puncanya telah dibentang dalam mesyuarat pasca-kabinet 6 November lalu dan kabinet mengarahkan pihak kontraktor membaiki semula stadium berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Halatuju dan Wawasan Gerakan Belia 4B(M) negeri Terengganu.

Manakala pada 6 Disember lalu, sekali lagi Shabery menegaskan, pihaknya yakin kontraktor yang bertanggungjawab akan meneruskan kerja-kerja pembaikan itu seperti diarahkan Kabinet.

Katanya, Kabinet telah memutuskan tanggungjawab membersih dan memulihkan runtuhan diserahkan kepada kontraktor asal yang terbabit dalam pembinaan stadium itu.

''Kita akan pastikan mereka siapkan tetapi kerana ingin menyelesaikan beberapa masalah teknikal... kerja-kerja membersihkan stadium terpaksa mengambil masa agak lama.

''Jika mereka tidak mampu kita akan serahkan kepada kontraktor lain... tetapi yang pasti segala tanggungjawab terletak kepada kontraktor asal," katanya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....