Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 13 Disember 2009

Kes KB Mall diserah kepada timbalan pendakwa raya


KOTA BARU, Dis 13 — Polis telah menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya laporan siasatan terhadap dua remaja yang dikaitkan dengan kes kereta terjunam ke dalam pasar raya KB Mall minggu lepas.

Ketua Polis Kelantan, SACI Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata keputusan akan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi sama ada untuk mendakwa atau sebaliknya terhadap remaja terbabit.

“Polis tidak boleh buat apa-apa dalam hal ini setelah siasatan dibuat dan menyerah kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas penahanan dua remaja ekoran kejadian sebuah kereta terhumban ke dalam pasar raya itu yang terletak di Wakaf Siku di sini pada Dis 6 lepas.

Dalam kejadian Ahad lepas, dua pelajar Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kelantan di sini terbunuh dan dua lagi rakannya termasuk pemandu kereta itu cedera parah, kini masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dua pelajar itu terbunuh setelah kereta dari tingkat tiga (tempat parkir) di KB Mall ditolak kerana rosak, hilang kawalan dan terjunam serta menghempap mereka di tingkat bawah.

Kedua-dua remaja itu yang disyaki ada kaitan dengan kejadian dikatakan menghilang diri sebaik kemalangan dan ditahan di rumah masing-masing di sini keesokannya.

Abdul Rahim berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut perkara itu dan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menentukan kedudukan kes kedua-dua remaja itu.

“Kedua-dua remaja terbabit kini telah dibebaskan,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....