Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 Disember 2009

Kes Anwar Saman Kerajaan Malaysia Ditangguh






Keputusan keatas rayuan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terhadap pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998 ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hakim Tan Sri Datuk Seri Alauddin Datuk Mohd Sheriff membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan daripada peguam Anwar, Karpal Singh dan peguam Kerajaan Malaysia, Datuk Kamaluddin Md Said di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini.

Karpal dalam penghujahannya menyorot perhatian mahkamah bahawa pemecatan Anwar dibuat secara sewenangnya.

“Kita dengar tadi keterangan dari peguam dan juga jawapan dari pendakwa raya pandangan kita ialah bahawa mengikut Perlembagaan 43 (5) kuasa melantik dan memecat Menteri adalah Perdana Menteri yang beri nasihat tapi mesti diperkenan Yang Di Pertuan Agong”, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Anwar menambah kenyataan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar isu pemecatannya juga mengundang keraguan.

“Dalam kes ini, sepertimana yang dibuktikan dalam hansad parlimen, Perdana Menteri mengatakan Agong dimaklumkan, kemudian ditanya lagi YB Karpal Singh Agong tidak membantah, jadi ternyata tidak ada satu bukti menunjukkan Agong mengesahkan atau memperkenan pada 2 September”, tambah Anwar lagi.

Permohonan Anwar kali ini bukan untuk mengembalikan haknya kepada jawatan terdahulu sebaliknya mahu masyarakat umum jelas tentang bidang kuasa Perdana Menteri dan Yang Di Pertuan Agong.

“Saya tidak berniat untuk dipertimbangkan kembali kepada jawatan tersebut, tapi hanya menunjukkan kuasa Perdana Menteri biar jelas, dan kuasa Agong juga jelas, supaya kita faham semangat Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen”, katanya.

Panel tiga hakim hari ini antaranya Tan Sri Datuk Seri Alauddin Datuk Mohd Sheriff, Datuk Hashim Datuk Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Turut kelihatan, Datuk Seri Wan Azizah. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....