Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Disember 2009

Isu Royalti:Selepas Di Doa Tok Guru,Najib Setuju Runding Dengan Kelantan






Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa menyambut baik kesediaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk berunding mencari penyelesaian berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Sehubungan itu, Husam berharap tidak ada mana-mana menyalah-tafsir doa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai taktik mencetuskan konflik.

Bagi Husam, doa adalah senjata orang-orang yang tertindas, khususnya rakyat Kelantan yang dinafikan royalti seperti yang dijanjikan.

Beliau melahirkan rasa kesal pihak tertentu sengaja memutar-belit isu sekitar doa tersebut, tanpa melaporkan penjelasan dan pendirian Nik Aziz.

“Semalam perdana menteri telah menyebut bahawa beliau sedia untuk berunding dan beliau minta supaya Tok Guru janganlah doakan dia”.

“Kita masih menuntut pembayaran itu dibuat kepada kerajaan negeri secara langsung. Bukan wang itu diuruskan oleh kerajaan pusat melalui peruntukan wang ehsan. Kalau kita lihat kehendak undang-undang ini ialah pembayaran tunai terus kepada kerajaan negeri," katanya.

Husam berkata kerajaan negeri Kelantan sukacita menyambut kesudian Najib untuk turun berunding.

Kerajaan negeri berpendapat pembayaran royalti minyak adalah lebih adil dan munasabah sekiranya ia disalur terus kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan, dan bukan kepada agensi lantikan Kerajaan Pusat atau koridor projek raya.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri, selaku pengerusi jawatankuasa petroleum negeri Kelantan yang dilantik oleh exco telah menulis surat kepada Perdana Menteri. Tadi saya telah berjumpa dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Maslan mohon jasa baik untuk dia mengatur perjumpaan di antara wakil kerajaan negeri dengan wakil dari Jabatan Perdana Mentei atau pun Perdana Menteri dalam isu tuntutan royalti," katanya. -TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....