Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 November 2009

Adun Pelabuhan Klang Bersuara Dalam Dewan Negeri




Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akhirnya bersuara dalam Sidang Dewan Negeri hari ini apabila mengemukakan satu soalan lisan mengenai penyediaan perkhidmatan internet tanpa wayar di kawasannya.

Bagaimanapun, tanpa di jawab, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail menemplak Badrul kerana tindakannya yang baru menunjukkan muka selepas hampir 20 bulan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di Pelabuhan Klang.

Badrul turut memohon agar Pelabuhan Klang diberi keutamaan dalam penyediaan perkhidmatan Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN).

Rodziah berkata, beliau tidak akan menjawab soalan berkenaan kerana ia tiada kaitan dengan penyediaan perkhidmatan berkenaan dan menerangkan pelaksanaan projek tersebut harus mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Penyediaan infrastruktur Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN) di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Klang (Pelabuhan Klang) masih didalam peringkat perancangan Fasa II dan Fasa III dimana ia dijangka akan bermula pada awal atau pertengahan tahun 2011," katanya.

Rodziah berkata, kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan dua penyedia perkhidmatan internet tanpa wayar REDtone dan Packet One Networks untuk membangunkan infrastruktur berkenaan.

Sementara itu, bercakap kepada TvSelangor diluar dewan, Badrul bertegas soalan yang dikemukakan itu adalah untuk kepentingan rakyat di kawasannya.

Adun Pelabuhan itu turut menjelaskan bahawa penduduk kawasannya berhak diberi keutamaan kerana kawasannya itu merupakan salah satu sumber negeri Selangor.

"Saya bawa suara rakyat, rakyat kawasan Pelabuhan Klang dalam projek HyWIN dan banyak lagi," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan pembangunan Pelabuhan Klang beliau menjawab bahawa beliau bersedia berkhidmat dalam memenuhi kehendak rakyat.

"Saya nak berkhidmat untuk rakyat selagi ada hayat, kebanyakanya untuk rakyat. Saya tak suka aktiviti mewah-mewah ini, pesta-pesta saya tak suka," katanya.


Menurut Badrul lagi beliau akan segera membuka Pusat Khidmat Masyarakatnya di sekitar Pelabuhan Klang.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....