Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 Oktober 2009

Besut:250 buah rumah ranap di landa ribu.

BESUT – Ribut kencang yang melanda 67 buah kampung di sekitar daerah ini, kira-kira jam 4 petang semalam, menyebabkan kira-kira 250 buah rumah rosak teruk termasuk sebahagiannya tinggal dinding sahaja apabila bumbung dan atap rumah tercabut diterbangkan ribut.

Sehingga jam 9.30 malam tadi, angka tidak rasmi mangsa yang terbabit dalam kejadian luar jangkaan dan dikatakan paling teruk itu adalah seramai 300 keluarga.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku meskipun ketika kejadian kebanyakan penghuni berada dalam rumah masing-masing.

Dalam kejadian itu, kesemua 35 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut membabitkan 100 buah rumah dilanda ribut dan antara paling teruk adalah yang terletak berhampiran Pekan Kuala Besut seperti Alor Pisang, Teluk Bayu, Alor Teratai, Seri Kemunting, Taman Tasik, Tok Saboh, Beris Pak Abu termasuk Pulau Perhentian.

Turut dilanda ribut adalah 32 kampung yang terletak di kawasan DUN Kota Putera termasuk pusat pentadbiran, iaitu Kampung Raja.

Salah seorang mangsa ribut di Kampung Seri Kemunting dekat Kuala Besut, Che Rahmad Che Mood, 51, berkata, ketika kejadian dia sedang berada di ruang tamu rumahnya bersama dua cucu yang berusia lima tahun.

“Secara tiba-tiba rumah saya berasa seperti bergoyang apabila dilanda ribut agak kencang. Saya terdengar bunyi sesuatu sebelum sebatang pokok mempelam berhampiran rumah menimpa bahagian ruang tamu rumah saya hingga hampir ranap.

“Saya tergamam seketika sambil memeluk kedua-dua cucu saya yang berada tidak jauh daripada runtuhan itu, sebelum terus menyelamatkan diri. Saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika itu, suami saya berada di bahagian luar dapur rumah,” katanya ketika menerima lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut.

Sementara itu, Dr A Rahman ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau akan melawat semua mangsa terlibat dan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mentaksir jumlah kerugian sebenar untuk disalurkan kepada mangsa terbabit.

“Kita juga akan menyediakan sebuah dewan untuk menempatkan sementara penduduk sekiranya ada yang tidak mempunyai tempat tinggal, selain menyediakan makanan,” katanya.

Sehubungan itu, Dr A Rahman turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mendapatkan maklumat semua penduduk yang terlibat.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....