Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:SPR minta Pemuda Umno serah nama Pengundi Hantu


BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada isnin meminta Pemuda Umno menyerahkan senarai pemilih berdaftar yang didakwa oleh pergerakan itu sebagai "pengundi hantu" di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk semakan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata senarai itu diperlukan segera bagi membolehkan semakan terperinci dijalankan untuk memastikan kesahihannya.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata, SPR akan memberikan jawapan segera kepada isu itu sebaik selesai semakan dibuat.

Bagaimanapun, beliau mengesyaki bahawa kewujudan ramai pemilih berdaftar pada satu alamat mungkin berlaku kesan daripada pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain sebelum tahun 2002.

"Mungkin apa yang berlaku ialah sebelum 2002, parti-parti politik boleh memindahkan pengundi kerana ketika itu tidak disyaratkan pendaftaran kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan tetapi setelah kita mewartakan bahawa kawasan mengundi mesti mengikut alamat kad pengenalan, perkara seperti itu sukar untuk berlaku lagi.

"Apapun, kita akan siasat dan semak senarai itu serta bagi jawapan kepada pengadu," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat pengundi hantu di kawasan Permatang Pasir berdasarkan laporan bahawa ada pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

Menurutnya beberapa nama pengundi Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan di alamat rumah orang Melayu.

Katanya sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Mengenai perjalanan proses penamaan calon hari ini, Abdul Aziz berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar kecuali kejadian seorang pemimpin parti pembangkang yang tidak mematuhi arahan polis semasa berada di kawasan penamaan calon.

Katanya penyokong yang datang juga tidak terlalu ramai dan dianggarkan kira-kira 7,000 orang sahaja dan ini bertepatan dengan nasihat Kementerian Kesihatan dalam usaha mencegah penularan wabak Influenza A(H1N1).

Abdul Aziz berkata tiga pasukan SPR akan memantau perjalanan kempen yang bermula Isnin bagi memastikan tiada pihak yang melanggar peraturan pilihan raya.

"Hanya parti yang bertanding sahaja yang boleh mengadakan kempen, ceramah dan pemasangan bendera parti di kawasan Permatang Pasir," katanya.

Beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah, mencaci, menghina atau menimbulkan ketegangan kaum sepanjang tempoh berkempen sesuai dengan bulan Ramadan.

Pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman,38, dari Baripada Barisan Nasional berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Pas pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung. BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....