Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 15 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Jamaluddin Jarjis wajar letak jawatan


KUANTAN: Ahli Parlimen Rompin, Datuk Jamaluddin Jarjis masih wajar meletak jawatan walaupun beliau mempunyai cara untuk terus memberi khidmat kepada para pengundinya tanpa perlu kerap pulang ke kawasan.

Seorang pimpinan PAS Rompin Mohd Fadly Ramly berkata, Jamaluddin bukan sahaja tidak berpijak dibumi nyata tetapi mengambarkan seorang yang dangkal tentang situasi pengundinya serta geografi kawasan Rompin.

"Disini (Rompin) sebahagian besar penduduknya adalah nelayan dan peneroka, adakah beliau merasakan suatu yang praktikal untuk berurusan dengan mereka ini melalui internet," soal Fadzly membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamluddin hari ini.

Beliau menambah, pendekatan yang hendak diambil oleh Jamaluddin mungkin sesuai dalam tempoh 10-20 tahun akan datang.

"Rompin kawasan luar bandar yang dipenuhi hutan, ladang getah dan kelapa sawit (Felda) serta kampung-kampung nelayan dipesisir pantai. Disini bukan Putrajaya atau Ciberjaya," bidas beliau.

Sebelum ini Siasah melaporkan Jamaluddin digesa meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

Dengan perlantikan tersebut, sebahagian penduduk Rompin beranggapan Jamaluddin tidak mampu melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat khususnya melawat kawasan ekoran jarak tempat beliau berada sekarang dengan Rompin terlalu jauh.

Bagaimanapun Jamaluddin dalam kenyataannya hari ini berkata beliau akan menggunakan kemudahan Internet untuk berhubung dengan penduduk Rompin ketika beliau berada di AS.

Katanya pelantikan beliau itu tidak bermakna beliau akan mengabaikan kebajikan pengundi di Rompin dan boleh mendengar dan menyelesaikan masalah mereka melalui Internet.

"Insya-Allah saya tidak akan abaikan pengundi...dan mewujudkan laman web sendiri untuk berhubung dengan mereka di sini," katanya lapor Bernama.

Jamaludin berkata, beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Telekom Malaysia untuk mewujudkan stesen bergerak dan klinik maya bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan penduduk pada waktu yang ditetapkan.

Selain itu katanya, beliau turut merancang untuk pulang dua bulan sekali bagi berjumpa penduduk dan menyelesaikan masalah mereka selain akan balik bila sesi Parlimen (Dewan Rakyat) bersidang.

Mengulas lanjut, Fadly - antara yang lantang mendesak Jamaluddin melepaskan jawatan berkata, janji bekas Menteri Sains, teknologi dan Inovasi itu sukar untuk diyakini berdasarkan rekod beliau sebelum ini yang jarang melawat kawasan.

"Sewaktu berada dalam negara pun jarang nampak muka bagaimana beliau boleh berjanji untuk pulang dua bulan sekali apabila duduk di Amerika.

"Lagipun tidak munasabah untuk pulang dua bulan sekali kerana akan membazir wang, lagipun bagaimana pula dengan tugasnya di sana sebagai duta...sudah pasti sibuk dan memerlukan tumpuan lebih," soal beliau lagi.

Di Amerika peranan Jamaluddin sebagai duta yang bertaraf menteri,antara tugas utama beliau ialah untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara selain menarik kedatangan lebih ramai pelabur dan perpindahan teknologi baru dari Amerika ke Malaysia.

"Akhirnya tugas beliau akan dilakukan oleh orang lain, jadi lebih baik letak sahaja jawatan sebagai wakil rakyat dan biarkan orang lain ambil alih," ujar Fadly lagi.siasahdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....