Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar: Pas wajar sedari kekuatan sendiri




SEBAHAGIAN besar perserta himpunan dan perarakan rakyat membantah ISA mungkin sudah selamat sampai di rumah masing-masing. Masing-masing balik membawa cerita dan kenangan tersendiri. Yang terkena semburan, dipukul polis merasa seronok dan megah bercerita dengan kawan-kawan.Bengkak dan luka dijadikan bukti perjuangan untuk mendapat keadilan. Darah yang mengalir di medan himpunan akan menjadi saksi di Mahsyar besok! Dan mereka ini akan datang lagi bagaikan burung hereng untuk meratah bangkai kezaliman disediakan UBN.
Himpunan itu sudah berakhir. Natijahnya, 589 orang ditangkap. Dari jumlah itu sebanyak 40 orang wanita. Seramai 44 orang remaja bawah umur. Manakala tujuh pelajar IPTA turut sama digiring. Nampaknya angka mereka yang berani dan sanggup ditangkap polis meningkat berbanding siri-siri tunjuk perasaan yang lalu. Syabas!Apakah ini menunjukan kejayaan Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri yang berjaya menjadikan polis lebih berani, lebih zalim dan lebih tidak bertimbang rasa?Dengan penangkapan remaja bawah umur dan pelajar IPTA menunjukkan semangat rakyat untuk menumbangkan UBN sudah melata ke akar umbi. Ia tidak boleh dihalang dan disekat dengan ancaman dan kata-kata lagi. Kesediaan mereka menanggung risiko itu menjelaskan mereka tidak gentar dengan amara, ugutan dan risiko yang bakal diterimanya.Bagaimana pun pengkapan pelajar itu tentu merungsingkan ibubapa mereka. Ibu bapa yang mengharapkan kesuksesan anak-anak di IPTA mungkin terkilan dengan apa yang berlaku. Lainlah kalau kedua ibu bapa mereka turut sama berhimpun dan berarak. Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin sudah memberi amran keras tidak akan bertolak ansor dengan pelajar yang terlibat dengan himpunan itu. Mereka akan dikenakan hukuman keras.Wajarkah mereka dikenakan tindakan? Mungkin Khalid boleh fikir semula dan ugutan itu sekadar gertak saja. Kalau mereka ditahan atau dikenakan tindakan yang ruginya orang Melayu juga. Pasti ketujuh-tujuh pelajar itu orang Melayu yang asalnya dari kampung. Jarang sekali pelajar dari bandar dan keturunan Cina atau India menyertainya. Mereka biasanya berhati-hati dan tidak suka mencampuri urusan politik yang dikira cara begitu tidak bijak dan profesional. Selalunya begitulah.Barangkali GMI atau parti Pakatan Rakyat boleh bela mereka kalau mereka dikenakan tindakan nanti. Misalnya ditahan dan memerlukan jaminan, parti Pakatan boleh tolong membayar wang jaminannya.Atau kalau mereka takdir dipecat Pakatan dan GMI boleh bayar yuran persekolahan mereka di IPTA swasta. GMI kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana mereka adalah tuan kerjanya dan mereka turun kerana terpanggil dengan seruan menuntut keadilan dan kebenaran.Dikira dari sasaran awal himpunan tidak itu mencapai sasaran. Target untuk menghimpunkan 100 ribu tidak kessampaian bila mana hanya suku dari jumlah itu saja yang berhimpun. Mereka yang waras tidak mudah menerima angka yang diberikan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasarudin Hassan. Menurutnya himpunan itu disertai 80,000 orang. Itu angka politik. Manakala menurut Anwar Ibrahim pula himpunan berjaya mencapai 100,000 orang. Itu juga perkiraan politik lebih besar.Begitu pun angka yang diberikan media seperti Utusan Malaysia makin tidak boleh dipercayai dan mengarut. Utusan menganggarkan hanya lima ribu sahaja yang hadir. Jelas angka itu diberikan oleh wartawan atau editor yang buta huruf tidak tahu menghitung dan dibuat atas rasa kebencian melampau kepada Pakatan Rakyat.Tidak kira berapa bilangannya yang sebenar. Yang pentingnya himpunan semalam berjaya menyampaikan masej tertentu dan menggetarkan pihak UBN. Samada desakan itu dilaksanakan atau tidak nanti, tidak penting. Yang mustahaknya himpunan itu menunjukkan rakyat rasa terpanggil untuk bersama Pakatan dan menolak UBN. Himpunan semalam tidak menyenangkan Najib. Inilah himpunan pertama sejak Najib menjadi PM. Kalau Najib tidak bijak melayani nafsu pembankang mungkin himpunan dan perakan lebih besar akan berlaku dari masa ke sesama.Secara umnya himpunan semalam memberi beberapa masej yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak;
Kerajaan perlu menyegerakan pindaan ke atas ISA. Kenyataan beberapa menteri mengatakan ISA tidak akan dihapuskan kurang bijak dan telah menimbul provokasi kalangan rakyat dan ianya tidak wajar dilakukan. Sepatutnya menteri membuat kenyataan lebih lunak bersifat responsif yang positif. Kenyataan itu menimbulkan lagi kemarahan rakyat kepada UBN dan meneggelamkan jaminan Najib untuk sedia memindanya. Perlu bagi Najib menubuhkan jawatankuasa khas atau pun forum khas melibatkan semua pihak teemasuk pembangkang bagi mendapat input untuk tujuan meminda akta berkenaan.
Himpunan itu menjelaskan ianya disertai orang Melayu saja. Orang Cina dan India dalam Pakatan tidak begitu menonjolkan diri dan mereka lebih menjadi penyokong dari belakang. Walaupun isu ISA adalah kepentingan bersama, namun mereka tidak mudah untuk dikerah turun ke lapangan seperti Melayu. Jelas dalam hal ini orang Melayu Pas menjadi alat kepada komponennya dalam Pakatan.
Himpunan semalam menyaksikan kekuatan dan pengaruh Pas yang sebenarnya. Ahli dan penyokong Pas sedia bila-bila masa saja untuk dikerah. Mereka juga akur dan taat kepada seruan pemimpin mereka atas nama jihad menuju keredhaan Allah.
Walaupun memorandum itu tidak dapat dismpaikan, tetapi sudah pasti Yang di-Pertuan Agong dapat melihat betapa luapan kemarahan dan kebencian rakyat kepada ISA menerusi telivesyen, akhbar dan juga sumber-sumber baginda sendiri. Jika diambil kira dari segi perangkaan maka jelas pihak GMI lebih berjaya dari pihak Magaran.
Akhirnya indikasi kepada himpunan semalam menjelaskan bahawa pengaruh Pas dari peringkat bawahan kalangan Melayu sangat besar. Kedudukan ini Pas berpotensi untuk menerajui Pakatan ataupun menjadi parti alternatif. Sekiranya himpunan semalam tanpa disertai Pas atau dimobilisasikan Pas mungkin ianya tidak berjaya dan memberi impak besar kepada UBN.Seharusnya Pas mengenali keupayaan mereka ini untuk menjadi pemangking politik Malaysia di masa depan dan bukannya merendah diri berada di belakang atau mengikut telunjuk tokoh-tokoh tertentu saja.Seperkara lagi yang perlu juga dianalisa oleh Pas secara sarwanya ialah melihat apakah himpunan dan tunjuk perasaan itu tidak menimbulkan kemarahan rakyat lain yang mana kesannya menyebabkan mereka akan merasa kurang selesa dengan Pas. Kajian ini perlu terutamanya dalam siri-siri himpunan yang tidak terkhusus mengenai isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya jika isu berhubung kepentingan Melayu dan agama mungkin ia wajar diadakan itu pun dalam penuh beradab. [wm.kl. 8:00 am 02/08/09]
Sumber:detikdaily

1 ulasan:

Rakyat Kelantan Darul Naim berkata...

salam, sila masuk ke

http://www.justicefortt.com

terima kasih

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....