Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 1 Julai 2009

Kisah Ambo Dengan Blog....


Assalamualaikum, salam sejahtera.Disini Ambo ingin kongsi sedikit pengalaman Ambo dengan blog memblog nih.Sebelum Ambo buat blog ini,Ambo pun heran macammanalah blog dibuat dan diuruskan.Maklumlah Ambo ni sebenarnya buta IT dan ketinggalan bas.Utk melayari internet tu bolehlah sikit2, tu pun guna komputer adik ipar(timo kasih Na).Maklumlah Ambo ni bukan orang senang kerjapun kuli orang sahaja.Nak dijadikan cerita anak buah Ambo(timo Kasih Ing) hadiahkan Ambo komputer lama sebab dia dah beli laptop.Disinilah segalanya bermula.Maka mulalah Ambo belajarsedikit demi sedikit tentang komputer(timo kasih Pie,ajar Ayoh Su).

Langkah seterusnya Ambo beli celcom broadband dan daftar internet,tu pun pakej murah je.Pendek kata Ambo selalu tidur lewat kerana melayari internet dan selalulah Ambo buka blog tu blog ni. Tah macammana terfikir dalam hati Ambo untuk memiliki blog sendiri.Nanti bolehlah Ambo berkongsi berita dengan anda dan memaparkan berita kegiatan cawangan Ambo(Cawangan Beris Pak Abu). Pucuk dicita ulam mendatang,nak dijadikan cerita anak buah(timo kasih Liey) Ambo datang kerumah Ambo dan bila beliau tahu moh Ambo ada internet,beliau menawarkan diri untuk menolong Ambo memiliki blog sendiri.Blog pertama AmboJarumkretif(kedai jahit yg diusahakan isteri tercinta) asasnya dibuat oleh beliau tapi sedikit demi sedikit Ambo update dan upgrade sendiri.Blog inilah Ambo jadikan eksperimen dalam menambah ilmu Ambo dalam bidang blog.Walaupun demikian Ambo rasa masih banyak yang perlu Ambo pelajari.Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,blog yang anda tatap ini adalah blog kedua Ambo dan 100% dibuat oleh Ambo sendiri.Walaupun demikian masih banyak kekurangan dan kelemahan yang Ambo akan baiki dan pelajari terdapat dalam blog ini.

Segala yang Ambo paparkan diatas bermula sebulan yang lalu.Pendekata Ambo ni masih terlalu hijau dalam bidang ini.Jadi segala kekurangan yang terdapat dalam blog ini Ambo mintak maaf banyak banyak.Ambo pun tak tahu blog Ambo ni dilihat orang atau tidak.Tak kisahlah orang tengok ke tak ke,Ambo tak kisah janji hati ambo puas.Cuma baru2 ni NIK MIE ada masukkan blog Ambo ni dalam senarai blog dia(timo kasih Nik Mie) Terima kasih juga pada anak buah ambo KAKICOMPERS yang banyak memberi dorongan.Segala yang Ambo nukilkan ini adalah kisah benar dan bukan rekaan.SALAM DARI AMBO DAN MALAYSIA BERIH,LEPAH NI MAGHI KITO PAKAT RAMA2 GI NGEPENG DI MANEK URAI BIAR UMNO TERUS LAYU DIBUMI SERAMBI MEKAH,TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA. TAKBIR!!!!!

5 ulasan:

AL IMRAMM berkata...

ado bakat doh jadi bloggers dmo ni..tngu masa jah blog dmo ni nak meletup..jngan jadi supo RPK sudoh la..he..he..malaysia boleh..ore berih pong boleh jgok..ko guano!

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

insyaallah moga2 betul hok demo royak

Tanpa Nama berkata...

kredit ko dmo sbb buleh buat blog setaraf dgn blogers pro! tambohe pulok sbb usoho dmo membangunkan blog berasaske aktiviti usrah dan aktiviti pas cawangan berih selaras dgn perjuange dmo selama ni, "membangun bersama islam"

Tanpa Nama berkata...

ambo cade dmo keno tukar slogan dmo kt profile tuh...(dulu, kini dan selamanya...) napok mcm dmo bekas 'janda umno' jah.. hehehe

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Timo kasih semua cadangan akan dipertimbangkan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....