Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 19 Ogos 2013

Senarai Keluarga Pemimpin Ikhwanul Muslimin Yang Gugur Syahid


KUALA LUMPUR: Para pimpinan Ikhwanul Muslimin berada di dalam tahanan, manakala orang-orang kesayangan mereka berada di senarai teratas dalam senarai syuhada revolusi Mesir.

Facebook Mesir Kini menyiarkan gambar (atas) empat anggota keluarga pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkorban syahid di bumi anbiya’ itu.

Dari kanan:
- Asy Syahid Ammar Muhammad Badie
(anak Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie),

- Asy Syahidah Asmaa' Muhammad Baltaji
(anak pemimpin atasan Ikhwan Muslimin Muhammad Baltaji)

- Asy Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz
(anak penasihat Presiden Muhammad Mursi)

- Asy Syahid Khalid Firnas Al-Banna
(cucu pengasas Ikhwan Muslimin Hassan Al-Banna)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". [At Taubah: 111].Hrkh

Khamis, 15 Ogos 2013

Video : Penyokong Morsi di Nadhlah dibakar hidup-hidup




Benar-benar biadab! Militer Mesir seperti telah kehilangan jiwa kemanusiaannya. Selain membantai ratusan orang di Rabiah Adawiyah, ternyata di hari yang sama militer pimpinan Jenderal Abdel Fattah As Sisi juga menyerbu demonstrasi di Medan Nahdlah. Berbeda dengan Rabiah Adawiyah yang masih bisa bertahan, Medan Nahdlah kini telah dibubarkan dengan paksa.

Sebuah video yang dilansir ElWatanNews menunjukkan, dalam upaya membubarkan demonstrasi, tentara membakar hidup-hidup sejumlah demonstran di Medan Nahdlah. Video ini segera menuai ratusan komentar mengecam militer Mesir.

Sabtu, 10 Ogos 2013

Kritikan Pak Lah ke atas Mahathir seperti “pulang paku buah keras”

Kritikan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dalam buku biografi berjudul “Awakening: the Abdullah Badawi Years in Malaysia” diumpamakan seperti 'pulang paku buah keras' kata blogger Datuk A Kadir Jasin (gambar).

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time Press itu kritikan yang dilakukan ke atas Dr Mahathir bukanlah satu yang mengejutkan.

Ini kerana kata beliau sekiranya Dr Mahathir sering mengkritik mantan Perdana Menteri ke lima itu maka tidak hairanlah Abdullah juga turut melakukan perkara yang sama.

"Ia agak melucukan apabila sesetengah pihak yang mendakwa kecewa dengan kenyataan yang didedahkan Abdullah kerana saya yakin Dr Mahathir mampu untuk pertahankan diri sendiri bila beliau membuat keputusan untuk melakukan perkara demikian," kata blogger itu.

Dalam buku biografi itu, Awakening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu dilihat banyak mengkritik Dr Mahathir.

Antaranya beliau mendedahkan menghadapi masalah kelihatan "sleep apnea" dimana penyakit individu yang menghidap sakit ini tidak dapat mengawal masalah tidur.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan."Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu," kata Abdullah.
 
Malah Abdullah juga membuat kenyataan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.TMI

Jumaat, 9 Ogos 2013

Foto Terbaik : Tok Guru Nik Aziz Dan Cucu Cucunya Di Aidilfitri


Tok Guru diberitakan mempunyai 60 Orang Cucu. Di dalam gambar ini baru 17 Orang.Semoga mereka turut mengikuti jejak langkah Tok Guru ~ Tinta Hijau DKB

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....