Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Mac 2013

Penjelasan Dr Asri Sebab Beliau Enggan Bertanding Pada PRU 13

 KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menamatkan spekulasi beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 apabila beliau berkata hanya mahu kekal neutral dan berada dalam sempadan sedia ada.

“Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang,” kata beliau dipetik laporan Sinar Harian Online

Bekas mufti Perlis itu sebelum ini diwar-warkan akan menyertai politik sekaligus bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga sebelum ini pernah mengakui ditemui pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

Asri sebaliknya berkata beliau hanya mahun memainka peranan sebagai pemikir yang hanya akan “menegur” pemimpin kerajaan yang memerintah.

“Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis,” katanya lagi.

Asri sejak 2010 dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya, namun desas-desus itu masih tidak jelas parti politik mana yang akan menjadi pilihannya.

Selain Asri, tokoh agama lain yang turut disebut akan bertanding pilihan raya adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Kedua-dua tokoh agama ini mula menjadi rebutan parti politik kerajaan dan pembangkang untuk bertanding di bawah lambang bendera mereka bagi menarik sokongan pengundi.

Juanda juga bagaimanapun masih lagi belum menamakan mana-mana parti yang menjadi pilihan untuk beliau wakili dalam pilihan raya akan datang.TMI

Pengerusi dan AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS


BERUAS: Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, Raja Rozmal Raja Yaacob mengisytiharkan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar.

Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Di akhir ucapannya, Raja Rozmal membacakan ikrar dengan mengatakan akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

“Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (Gambar atas.)

Sementara itu, Mohammad Sabu berkata, kemasukan Raja Rozmal itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat di semua peringkat dan golongan inginkan perubahan.

Kata beliau, Umno tidak senang dengan suasana sekarang kerana ia telah menggugat impian mereka untuk terus berkuasa di negara ini.

Tegasnya, momentum perubahan tersebut telah memuncak dan tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat untuk terus membuat perubahan.Hrkh

Ahad, 17 Mac 2013

Video : Penyanyi Thrash Metal Terkenal Sertai Pas

Tajul menyerahkan borang menyertai Pas kepada Hj Muhamad Sabu



KUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal terkenal  tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.

Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio sertai Pas

 Ustaz Zamri berucap pada majlis ceramah malam tadi

GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.

Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).

Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.

Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.Hrkh

DS Anwar Mengulas Fitnah Terbaru Keatasnya

 Kantoi !! Saksikan perbezaan lelaki yang didakwa Anwar dalam fitnah I dan fitnah II.Untuk besarkan KLIK IMEJ

KUALA LUMPUR, 16 Mac  — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Dalam artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay.

"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya."Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab oleh blogger Umno tersebut.

Anwar disamping itu juga tidak menolak kemungkinan selepas ini pemimpin Umno dan medianya akan mengeluarkan video beliau mengadakan hubungan sejenis ekoran pendedahan gambar pada Khamis lalu."Selepas ini confirm keluar video pula," sindir Anwar.TMI

PAS Akan Bertanding 76 Kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU - Seluruh Malaysia sedang mengalami perubahan dimana orang-orang muda, orang-orang terpelajar, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pegawai-pegawai polis dan tentera, termasuk bukan Islam dan bukan Melayu telah mezahirkan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Namun begitu, PAS rasa hairan dan pelik apabila sesetengah orang Melayu termakan dengan hasutan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa kononnya DAP akan berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dakwaan tersebut dibuat termasuk di negeri Terengganu sedangkan DAP tidak bertanding walau pun satu kerusi samada di peringkat parlimen atau pun dewan undangan negeri.

"dia (Umno-BN) kata pula, kalau sekiranya Pakatan Rakyat menang Malaysia akan diperintah leh DAP, termauk Terengganu ni juga.....paa hal DAP tidak bertanding satu kerusi pun di Terengganu......nak memerintah lagu mana?,

"dia (sesetengah rang Melayu) boleh percaya........hok jenis ikan dukang ni......,"ujarnya.

Sebelum itu, beliau yang berucap dalam Majlis Penerangan dan Amanat Khas PRU-13 di Cabang Tiga dekat sini pada Rabu 13 Mac menyeru supaya para pengundi mengikut resmi ikan seluang yang cerdik dan hanya makan umpan, tetapi tidak memakan mata kail dan terselamat.

Katanya, jangan jadi seperti ikan Dukang, yang nampak bekeng' dan cerdik tetapi tidak cerdik dan 'makan tahi' serta makan apa umpan sekaligus dengan mata kail.

Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat Badan Perhubungan PAS Terengganu menegaskan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

Jumlah itu, katanya, melebihi satu pertiga daripada keseuruhan jumlah kerusi parlimen Malaysia.
"kerusi parlimen di seluruh Malysia (ada) 222 kerusi, daripada (jumlah itu) saya nak beritahu malam ni, InsyaAllah PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi daripada 222 kerusi, (jumlah) satu pertiga daripadanya adalah 74 (kerusi),

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....