Lembah Pantai Fundraising Dinner, Kuala Lumpur 29/01/2012
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 30 Januari 2013
Dun Selangor Bubar Hujung Februari ?
SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan
Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan
Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan
mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat
berhubung perkara itu.
“Jika
PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh,
kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,”
katanya dalam twitter.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco
hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN
serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun
lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang
masih belum selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih
belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih
awal untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat,” jelas
Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang
bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat
pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan
sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi
dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk
membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk
merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing
yang diarah mengundi BN.KD
Cicit Sulung Tok Guru Nik Aziz
Nik Aziz bersama Tuan Sabariah Tuan Ishak mencium cicit sulung mereka semalam.
KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit
sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.
Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.
Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.
“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.
“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.
Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.
Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.SH

Selasa, 29 Januari 2013
Datuk Fauzi Shaari Sahkan Banglo Di Shah Alam Miliknya,Sedia Disiasat
Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat diperkatakan di beberapa blog. Gambar kecil: Fauzi
IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari
menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10,
Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.
Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.
Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.
Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.
“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.
“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.
Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.
"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com.
Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.
Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

Kerana Hj Lah Geting Penyokong Tegar Umno Sertai Pas
Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.
Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.
Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012, Ali Lizon hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.
Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.
“Apa Haji Lah Geting kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi
kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali
Lizon.
Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.
Sejak peristiwa itu Ali Lizon bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.
Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.
Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.Hrkh

Isnin, 28 Januari 2013
Tok Guru Nik Aziz Sahkan Ust Nasha Tak Tersenarai Sebagai Calon Pas
KOTA BHARU - Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak
disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.SH

Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009