Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Disember 2012

Ahli Parlimen Jerantut Nafi Keluar Umno Tapi Sokong PR

KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).

Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.

“Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,” katanya kepada Keadilan Daily.

Perkembangan terbaru  ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.

Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).

“Tak betul, saya hanya ‘berundur’, tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). ‘Amanah’ (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

“InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju,” jelas bekas Menteri Pengangkutan itu.

Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.

“Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga,” tegas veteran Umno Pahang itu lagi.KD

Selangor saman balas 'dalang' peralat ibu tunggal

KUALA LUMPUR: Heboh sebelum ini apabila 2,020 ibu tunggal berdemo dan menyaman kerajaan negeri Selangor ekoran dakwaan gagal mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu untuk membayar elaun kepada ibu tunggal.
 
Ketika demo yang turut disiarkan Buletin Utama TV3 baru-baru ini, wakil ibu tunggal Puan Murtini Kasman yang ditanya oleh wartawan stesen swasta itu, mengecam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Tidak lama selepas itu, maklumat tentang Murtini mula tersebar di blog dan juga Facebook.

Antaranya, beliau didakwa merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Umno Tanjung Karang Sesi 2008/11 dan merupakan pengundi berdaftar di Parlimen Tanjung Karang iaitu kawasan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau juga bekas penerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1429H.

Selain itu beliau juga merupakan pemilik sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Saman balas terhadap 'dalang'

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail semalam memberitahu, kerajaan negeri sedang mengkaji untuk membuat saman balas terhadap  saman yang difailkan 'dalang' di sebalik ibu-ibu tunggal tersebut.

Katanya, saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti kerajaan negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Video & Gambar : Bendera Malaysia Dan Pas Berkibar Megah Di Bumi Gaza




Jumaat, 7 Disember 2012

Pengasas Pertubuhan Silat Ulas Insiden Di Gombak

KUALA LUMPUR 9 DIS: Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini.KD

Selangor tangguh 'bungkus' kamera AES

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan cadangan menutup kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang sepatutnya dibuat hari ini.

Menurut Exco Selangor, Ronnie Liu, penangguhan itu dibuat atas nasihat pejabat peguam negeri yang dikeluarkan hari ini.

Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan.

Dalam pada itu, MPS pagi ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menutup sendiri kamera di dua lokasi tersebut.

Yang Dipertua MPS Mohd Sayuthi Bakar berkata, sebaliknya, pihaknya telah mengarahkan syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera tersebut iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menutup sendiri kamera mereka melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan semalam.

MPS katanya hanya akan mengambil tindakan sewajarnya  selepas tempoh matang notis dikeluarkan.

"Majlis Perbandaran Sepang tidak menutup kamera AES di dua lokasi yang terlibat yang sepatutnya akan dijalankan pada petang ini sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata kenyataan majlis itu.

"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," katanya lagi.Hrkh

Insiden Gombak : Cerita Sebenar Dari Orang Dalam

 Oleh : Mohamed Hadi Al - Majwi

Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun.

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..
Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....