Kejadian bodyguard DSAI terpaksa mengeluarkan pistol di Jasin Melaka dilapurkan oleh media proamno, jadi gua tak berani nak lapur mana satu yang betul. Belum ada kenyataan dari Parti Keadilan, jadi gua ambik dari blog King of Goblok kerana penjelasan yang menyakinkan.
Dalam keadaan situasi genting,mereka menuduh Dino iaitu pegawal yang memegang pistol mengacu pistol kearah perusuh!!
situasi sebenarnya ialah,Dino tidak pun mengacu pistol kearah perusuh.ia hanya mengeluarkan pistol untuk persediaan jika berlaku perkara yang merbahaya kepada DSAI.
Faham baik baik kisah sebenarnya..! ni kronologi hari kejadian.
DSAI telah di ambush awal oleh puak perkasa dan umno sebelum kejadian baling cat dibas,dan dilaporkan bodyguard DSAI telah bertempur awal sebelum bas ditahan so,mereka nak atau tak kena ikot SOP untuk lindungi DSAI kerana sebelum itu mereka telah ambush dsai.
Pihak Polis telah mengetahu bahawa bodyguard DSAI akan guna SOP mereka dan dalam keadaaan yang tegang,salah seorang bodyguard kluarkan pistol... takkan nak pakai penyapu sapu diorang.kot?..
Sehingga saat blog ni di tulis,Dino masih lagi di balai polis untuk soal siasat.Nampaknya isu ini akan berlegar semingu bermula besok dan seperti biasa.Media tv3 akan provoke isu ini dan seperti biasa juga,Pencacai umno perkasa,geng ikan bakar akan buat laporan polis seluruh Malaysia berhubung perkara ini. Dan lumrahlah,kita akan telan panadol sebab laporan mereka SPIN habis!!!