Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 26 Januari 2012

Kajian Menunjukkan Pemecatan Hasan Ali Tidak Beri Kesan Negetif Pada Pas

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit.

Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu.

Tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu: pertama, dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube dan keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh Negara.

"Berdasarkan tinjauan berkenaan, kami mendapati 85 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysiakini dan 67 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan. Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti. 

"Tinjauan juga dibuat terhadap penonton klip Youtube berkaitan dengan pengumuman Presiden PAS mengenai pemecatan Dr Hasan Ali seperti yang diterbitkan oleh TVPAS. Daripada 67,796 penonton, 273 penonton memberi maklumbalas sama ada like atau dislike yang boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak. 80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan ‘like’ yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan. 

Dewan Himpunan Penyokong Pas Bidas Soi Lek

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutamamembabitkan kaum Cina di negara ini.

Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee (gambar) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.

Menurutnya, perkembangan tersebut berlaku ekoran orang-orang Cina di negara ini ternyata semakin faham dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam yang pasti akan memberikan keadilan kepada semua penduduk di negara ini dan ketelusan.

Katanya, dalam masa yang sama, sokongan orang-orang Cina terhadap DAP turut meningkat, sejajar dengan perjuangan parti itu yang juga untuk keadilan dan ketelusan bersama-sama dengan PAS.

"PAS adalah satu-satunya parti di negara ini yang berlandaskan agama iaitu Islam, manakala pada asasnya pula setiap agama memperjuangkan keadilan dan ketelusan.

"Itulah yang menyebabkan orang-orang Cina turut menyokong PAS, lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP yang menjadi jambatan antara PAS dan orang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. 

Rabu, 25 Januari 2012

Serang Ceramah Abu : 7 Yang Ditahan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob kepada Malaysiakini

Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Menurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.

Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disunting dalam Youtube Malaysiakini.Baca Seterusnya...

Video : Tiada Masalah MB Selangor Pegang Porfolio Agama - Bekas Mufti


SHAH ALAM, 25 JAN : Sesiapa sahaja layak menyandang portfolio Hal Ehwal Agama Islam asalkan mereka mempunyai keupayaan dan kesungguhan dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat.

Demikian reaksi bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya ketika dihubungi TV Selangor di sini hari ini.

Kenyataan itu disuarakan Hashim ketika mengulas mengenai tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang dulu disandang Dr Hasan Ali.

Beliau berpendapat, parti mana yang dapat portfolio tersebut bukan persoalan yang penting.

Sebaliknya, yang menjadi keutamaan adalah individu yang menggalas tugas tersebut mestilah mempunyai keupayaan dan kesungguhan dalam menjalankan program Islam.

"Kita tidak mengambil kira sama ada seseorang itu adalah ahli PAS atau PKR, tetapi yang penting adalah program agama di Selangor ini berjalan dengan lebih lancar.

"Kita tidak mahu apabila portfolio itu berpindah ke parti lain, maka ajaran Islam itu bertambah tidak bermaya atau lembab.

"Program Islam itu mestilah disebarkan secara berterusan dan ditingkatkan. Tidak kira siapa yang pegang. Kalau parti A yang pegang, tetapi tiada perubahan, apa faedahnya?

Begitu juga parti B. Bagi saya, tidak timbul parti mana yang layak, tetapi usaha seseorang itu untuk memberbanyakkan program Islam dan memberi fahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat. Itu yang penting," tegasnya.Baca Seterusnya...

Debat Anwar / Najib : Antara Kenyataan Berani PKR Dan Alasan Pengecut Umno

PKR menyambut baik cadangan debat Anwar dan Najib,baca DISINI
Umno menolak cadangan debat Najib dan Anwar,baca DISINI

Serang Ceramah ABU : Samseng Jalan Kebun Ditahan Polis

SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.SH

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Bukan sorang je yang buat kacau.Ramai lagi sebenarnya,harap Polis ambil tindakan kepada semua yang terlibat.Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.Video dibawah antara yang boleh digunakan pihak Polis sebagai bahan bukti bagi mengambil tindakan kepada semua yang terlibat :

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....