Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 17 Oktober 2010
Hutang Kerajaan Persekutuan Meningkat,Untuk Jelaskan Rakyat Malaysia Perlu Bayar RM 15 000 Seorang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.
PM India lancar ‘Little India’ di Malaysia
KUALA L
UMPUR, 17 Okt — Perdana Menteri India Dr. Manmohan Singh (gambar) akan melancarkan fasa pertama projek menaik taraf dan mencantikkan Brickfields menjadi “Little India” pada 27 Oktober ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan berkata kira-kira 85 peratus kerja-kerja persediaan telah dilakukan dan dijangka siap tidak lama lagi.
“Lawatan Manmohan Singh ke Malaysia adalah sesuatu yang amat membanggakan dan beliau pasti terpesona melihat perubahan serta imej baru Brickfields,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gotong-Royong Perdana 1Malaysia Little India-Brickfields di sini hari ini.
Beliau berkata Little India meliputi kawasan dari Jalan Travers hingga ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertama projek bernilai RM17 juta dijangka siap dalam bulan Disember.
Fasa pertama projek itu yang menelan kos sebanyak RM7 juta, telah dimulakan dalam bulan Mei.
Ia melibatkan kerja-kerja membangunkan kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
Projek dua fasa “Little India” yang bernilai RM35 juta, membabitkan pembinaan premis baru perniagaan, sebuah kompleks parkir dan pembesaran jalan. — Bernama
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Apa agaknya reaksi pemimpin Umno dan media pengampu mereka jika Guan Eng jemput PM China lancar Little China di Pulau Pinang.Tentu gegak gempita seantero Malaysia,betul tak.P/S Sedang tunggu maklumbalas dari PERKASA....
Sebab Sebab Tan Sri Khalid Ibrahim Tidak Bertanding Jawatan Tim. Presiden PKR
KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
Muzakarah UMNO dan PAS : Zambry tidak hadir.
Pas Sudah Banyak Berubah,Umno Masih Tidak Berubah-Dr Asri

Sabtu, 16 Oktober 2010
Kes Sosilawati : "Hukuman Tak Setimpal" - Erni, Anak Sosilawati
ang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.
Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.
“Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.
“Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.
Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.
“Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.
“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan,” katanya.
Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.
“Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.GB

