Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 22 Ogos 2010

Otak pemimpin Umno fikir mahu kaut hak rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: “Otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  supaya kerajaan negeri  menaikan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.
“Cadangan ini dikemukakan  ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pelik, katanya Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikannya.
Idris berkata, sepatutnya Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, Najib kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.
Sebaliknya, kata beliau otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikkan harga  minyak.
Menurutnya, persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi  yang berpunca daripada rasuah, ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang Umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.
“PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini.
“Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL),” ujarnya.
Sehubungan itu, ujarnya PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Malahan, katanya Khalid bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di negeri itu. 
Beliau menambah, sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.
“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri,” katanya.
Selangor juga, katanya menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya  kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan  kos RM2 bilion sahaja yang dapat menjimatkan wang rakyat berjumlah RM6 bilion.Hrkh

Banner Bodoh UMNO...

Aidilfitri "Al-Mubarak"...???
Ahlan "WASAHLAM" Ya "RAMADAHAN"..? WASAHLAM...??? RAMADAHAN...???
"SABUTAN" Ramadzan Al-"MURABAK"...???

Sabtu, 21 Ogos 2010

Benar,Nama Guan Eng Ada Disebut Dalam Khutbah Jumaat

Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng(gambar) dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal AbidiImbang Penuhn tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.


"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.

Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.

"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya. - Kedahlanie

Gambar Rumah Rasulullah SAW Di Mekah

Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda, antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan dilihat lebih dekat.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS
Gambar rumah Rasulullah SAW
Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar kedudukan rumah Nabi Muhammad SAW dari google earth.
 
http://www.isuhangat.net/

Jumaat, 20 Ogos 2010

Misteri ratusan ikan muncul di tepi pantai

BEBERAPA orang menangkap sejumlah besar ikan dengan mudah di sebuah pantai di bandar Naic, barat daya Manila semalam.

MANILA, Filipina - Ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite dekat sini sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.

Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.

Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu.

Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.

Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.

Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite. - Agensi

Kontroversi Khutbah Di Pulau Pinang Hanya Rekaan Umno


PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa(gambar) mendakwa, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.

"Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.

"Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

"Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti Imbang Penuhdengan jelas," katanya.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....