




rdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak membatalkan lesen judi perlawanan Bola Sepak Piala Dunia dipercayai mempunyai agenda dan cerita tersembunyi. Menurut Setiausaha Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ), Suhaizan Kaiyat, Keputusan tersebut dibuat disebabkan keadaan mereka yang kini sedang terperangkap dengan mainan politik dalaman dengan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan(gambar).
stin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap
adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.
PUR 2 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan menggunakan dana awam bagi isterinya ketika berada di New York walaupun didesak untuk berbuat demikian di Dewan Rakyat.
KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
Mursyidul Am PAS itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.
"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai 'zina' dan bukan 'seks bebas' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.
"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.
Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.SH