Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 September 2009

Zamri lawan Nizar:PKR setuju PAS tanding di Bagan Pinang


Kesepakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat dilihat semakin utuh apabila Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan secara sebulat suara menyatakan persetujuan supaya calon Pas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Ibrahim Yusof berkata pendirian berkenaan dibuat setelah Majlis Pimpinan berkenaan mengadakan satu mesyuarat khas bersama lapan cabangnya.

“Pendirian jelas mengikut status quo yang lama pada PRU Mac 2008. Kita berpegang pada pembahagian kerusi dan kebetulan ia adalah kerusi Pas maka kita bersetuju Pas bertanding di situ.

“Di peringkat perhubungan negeri kita secara konsisten bersetuju calon Pakatan Rakyat daripada Pas. Perbincangan dibuat di semua lapan cabang dan memuutuskan secara sebulat suara,” katanya.

Menurutnya keputusan berkenaan akan diserahkan kepada pimpinan PKR pusat bagi membolehkan kepimpinan berkenaan membuat sebarang keputusan.

Ibrahim berkata, pihaknya yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan kerusi DUN N31 memandangkan gelombang kebangkitan rakyat yang masih belum reda.

“Peluang tetap ada kerana gelombang kebangkitan rakyat masih belum reda, rakyat masih dahagakan perubahan dan mahukan pembaharuan. Keduannya kalau mengambil kira PRU Mac 2008 ada beberapa kawasan yang sebenarnya ramai tidak keluar mengundi dan kita yakin kali ini mereka akan keluar mengundi.

“Dan mungkin juga pada waktu itu ada mesej-mesej tidak sampai pada peringkat pengundi. Oleh itu kita cukup berkeyakinan dalam PRU kali ini kita akan berjaya dengan sokongan semua jentera,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata, pimpinan Pas menyambut baik keputusan berkenaan sekaligus memperlihatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN berkenaan.

Menurutnya keputusan berkenaan dengan jelas mengekalkan status quo pada PRU 12 yang lalu.

“Saya menyambut baik keputusan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan khusunya rakan komponen daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP yang menunjukan kesepaatan dan persefahaman amat baik terjalin antara parti komponen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Saya yakin keputusan itu menggambarkan bagaimana hasrat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk melihat Barisan Nasional akan dikalahkan. Saya yakin bahawa Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan menterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan gerak kerja yang bermula dari sekarang bagi pastikan kemenangan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.TVA

Zamri lawan Nizar:Duta Jepun berbuka bersama Tok Guru di Kota Bharu


KOTA BHARU, 10 Sept: Kemeriahan Ramadhan di negeri Kelantan bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam yang menjadikan Kelantan sebagai destinasi beribadat di sepanjang hari namun ia juga menarik minat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Masahiko Horie untuk sama-sama merasai nikmat umat Islam berbuka puasa.
Bagi meraikan beliau, kerajaan negeri telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di perkarangan Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi tuan rumah untuk beliau di majlis tersebut.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Dato�Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Haji Ahmad Mahmood, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Nik Aziz ketika menyambut kedatangan duta Jepun tersebut berkata, inilah satu kelebihan menyambut Ramadhan di Kelantan di mana seluruh rakyat dan masyarakat bukan Islam turut diraikan di Qaryah Ramadhan.

"Saya amat terharu kerana Duta Jepun yang bukan beragama Islam pun sanggup bersama rakyat negeri ini disamping melihat sendiri suasana umat Islam berbuka puasa,"ujar beliau. Image

Sementara itu, Masahiko Horie telah membuat lawatan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan diberi taklimat berkaitan pembangunan Semasa dan pelaksanaan peraturan Islam yang ditelah dikuatkuasa oleh MPKB-BRI bagi semua premis perniagaan yang terdapat di bandar ini.

Menurut Yang dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmood beliau terharu kerana mendapat tahu nama Kota Bharu kini telah terkenal di negara matahari terbit itu dan ekoran dari itulah juga rombongan pegawai MPKB-BRI bersetuju membuat lawatan ke Jepun Oktober nanti.

Beliau berkata, lawatan pegawai MPKB-BRI akan dilakukan ekoran jemputan Datuk Bandar Kasoaka City kepada beliau sebelum ini.

Sementara itu Masahiko Horie ketika berucap di majlis yang sama berkata, lawatan beliau ke Kota Bharu kali ini merupakan kali ketiga tetapi kali pertama ke MPKB-BRI.

Beliau yang menjadi Duta ke Malaysia semenjak dua tahun lalu telah dilahirkan di Okayama Hight 63 tahun yang lalu, mengakui sukar untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana setakat ini hanya mampu mengusainya sedikit sahaja.

Beliau juga berharap persahabatan antara MPKB-BRI dengan Bandaraya Kasoaka City akan terus berkekalan._harakahdaily

Zamri lawan Nizar:(isu arak)Kartika bukan yang pertama di hukum,Tok Guru mahu hukuman di teruskan


Tok Guru mahu hukuman terhadap Kartika di teruskan


SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, kes melibatkan hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor bukanlah yang pertama berlaku di negara ini.

Menurutnya, sebelum ini hukuman sebatan syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan Mahkamah Syariah Johor pada 2000, tetapi ia tidak dilaksanakan setelah rayuan dibuat pesalah.

“Beliau (Kartika) juga bukanlah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak, sebelum ini di Kelantan seramai enam lelaki pernah disebat iaitu pada 1997 membabitkan empat orang, manakala 2001 dan 2003 masing-masing seorang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Kartika Sari Dewi yang sepatutnya menjalani hukuman sebat di Penjara Kajang baru-baru ini, dimaklumkan terpaksa ditangguhkan atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus kerana menghormati kemuliaan Ramadan.

Model yang mempunyai seorang anak itu dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan Cherating, dua tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, Hakim Datuk Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman atas Kartika juga pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas dua beradik yang melakukan kesalahan sama.

Menurutnya, tohmahan kononnya Kartika dijadikan sasaran untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana sudah terdapat banyak individu yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian sebelum ini.

Nasrudin turut menyangkal kenyataan sesetengah pemimpin kerajaan yang mendakwa negara ini tidak mempunyai kepakaran dalam melakukan hukuman tersebut. Sinarharian

Rabu, 9 September 2009

Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu Di Bulan Ramadhan

Serba ringkas tetapi berjaya meneruskan kesinambungan Usrah kami
Kehadiran ahli2 tetap memberangsangkan walaupun di bulan Ramadhan,tahniah
Anak anak ahli di perkenalkan dengan Usrah sejak di awal usia,aset kami di Cawangan ini
Berdoa sebelum berbuka bersama,satu keindahan dalam perjuangan

Usrah mingguan yang sepatutnya di adakan pada Khamis di percepatkan sehari lebih awal.Ini kerana ramai antara kami yang terlibat dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Naib Presiden,Salahudin Ayub anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut pada hari yang sama.Walaubagaimanapun demi kesinambungan Usrah yang di adakan di Cawangan ini sejak sekian lama kami tidak rela mencicirkan Usrah kami kerana di sinilah tempat kami ahli2 Pas Beris Pak Abu bertemu setiap minggu membincangkan segala permasaalahan dan aktiviti kami di Cawangan ini.Usrah minggu ini juga tanpa kehadiran Naqib dan sebahagian ahli kami yang di jemput ke majlis berbuka puasa anjuran Pas Cawangan Kg Tok Has.Demi Ukhuwah antara kami dan Cawangan Tok Has kami menghantar beberapa orang di kalangan kami sebagai wakil.Usrah minggu ini di adakan dalam suasana serba ringkas,bermula dengan majlis tahlil dan berakhir dengan kami berbuka puasa bersama.Walaupun ringkas tapi sekurang kurangnya kami berjaya meneruskan Usrah kami sejak sekian lama tanpa mencicirkan walau seminggupun.Tahniah pada ahli2 Pas Beris Pak Abu yang begitu komited dengan Usrah kami.Terima kasih pada tuan rumah,Saudara Zaidi Said(Ketua Pemuda Cawangan) atas hidangan berbuka yang di sediakan semoga anda di murahkan rezeki oleh Allah S.W.T.
P/S : Minggu Depan Usrah Terakhir Di Bulan Ramadhan Di Adakan Di Madrasah Hj Hussain, Markas Pas Beris Pak Abu.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Mangsa dera SPRM tampil beri keterangan






Perbicaraan inkues hari ini menampilkan saksi yang menjadi mangsa deraan pegawai-pegawai penyiasat SPRM.

Sivanesan Tanggavelu, 22, dipanggil ke kandang saksi oleh peguam Gobind Singh Deo untuk menerangkan kepada mahkamah bagaimana dia telah didera semasa disiasat SPRM.

Kesaksian pengurus syarikat ini adalah penting bagi menunjukkan dakwaan bahawa SPRM tidak menggunakan kekerasan semasa menyoal-siasat mangsa adalah tidak benar sama-sekali.

Walaubagaimanapun, peguam mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak Musa membantah kehadiran Sivanesan.

Abdul Razak berkata pengakuan Sivanesan ini tidak relevan kepada inkues Teoh Beng Hock kerana ia tidak berkaitan dan telah berlaku lama dahulu.

Gobind, mewakili keluarga mangsa, berharap kesaksian Sivanesan dapat membuka mata inkues bahawa mendiang Teoh Beng Hock mungkin di dera sehingga membawa kepada kematian.

“Hari ini, kami telah pun membawa ke mahkamah satu saksi yang telah pun memberi keterangan mengenai deraan dan paksaan serta kecederaan yang beliau alami semasa disiasat di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

“Pada minggu lalu, kami telah mengemukakan satu laporan polis, mana kami telah pun menyatakan bersedia untuk membawa 1 saksi dan kami bersedia untuk menerima cabaran tersebut,” katanya.

Sivanesan dalam akuanya melakar imej grafik pengalaman di kurung dalam sebuah bilik gelap. Dikerumuni beberapa lelaki, dia dipukul dengan batang besi, ditumbuk, ditendang, dibogelkan dan dirotan di bahagian kemaluan sehingga pengsan.

Sivanesan dikunjungi SPRM di rumahnya pada 4 September tahun lepas dan diminta untuk membantu siasatan agensi itu.

Sivanesan bersetuju membantu siasatan SPRM dan diring ke ibupejabat SPRM di Plaza Masalam. Beliau bagaimanapun terkejut apabila pegawai-pegawai terbabit memaksanya menandatangani sebuah dokumen yang menyabitkan kesalahan rasuah pada dirinya.

Seorang pegawai bernama Mohan mengugut sekiranya Sivanesan enggan bekerjasama, ibupejabat SPRM ini akan menjadi neraka baginya.

Sementara itu, peguam yang mewakili kerajaan Negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memanggil ahli patologis Tsunami 2004 yang terkenal, Dr Pornthip Rojanasunand, ke kandang saksi Isnin depan bagi membantu inkues.TVA

Zamri lawan Nizar:Calon Pas bertanding di Bagan Pinang-PAKATAN


SEREMBAN: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan menetapkan calon Pas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Keputusan itu diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar pada sidang akhbar di pejabat Perhubungan Pas Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan yang juga anggota Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abbas serta Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak Loke Siew Fook.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi.

Zulkefly berkata keputusan meletakkan calon Pas adalah berdasarkan kesefahaman yang dicapai di antara mereka.

Ditanya mengenai calon Pas, beliau berkata ia akan diumumkan seminggu atau dua tiga hari sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya calon yang dipilih adalah mengikut ksesuaian beliau di kawasan itu berdasarkan pandangan akar umbi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon berkenaan.

Sementara itu, Kamarul Bahrin meminta SPR mengkaji semula proses pengundian undi pos di kem tentera sebab ramai di kalangan anggota tentera didapati tinggal di luar kem dan mereka ini tidak wajar dianggap sebagai pengundi pos. BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....