Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Oktober 2013

‘Mr Bean’ masuk Islam?

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. - 2 Oktober, 2013.TMI

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Ketirisan Dalam Laporan Ketua Audit Negara

UNTUK memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja.Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALLAH SWT ini, tetap perlukan kepada pasport.
Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport.

Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang ALLAH SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa.

Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin. Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik ALLAH SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah?

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia.Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia.

Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Laporan Ketua Audit Negara Buktikan Rasuah Berleluasa

Permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga  atas.

Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada atas hingga ke bawah yang terlibat sama.
Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi

Wang dibelanjakan dan disia-siakan begitu sahaja. Dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara.

Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan bagaimana ahli politik licik menipu sistem untuk selama beberapa dekad dan melepaskan diri.

Jadi apa salahnya mereka juga melakukan perkara sama? Lagipun ia adalah dana awam milik mereka dan patut dibazirkan sesuka hati.

Lebih membimbangkan ialah tiada seorang pun dihadapkan ke muka pengadilan sejak bertahun-tahun kebelakangan ini  bagi setiap pembaziran dan rasuah yang berlaku.

Bilakah kali terakhir seseorang dipertanggungjawabkan kerana membuat pembelian mesin cetak, dakwat, kasut, jam dan pengimbas yang lebih mahal daripada harga pasaran?

Menteri, ketua setiausaha, ketua pengarah dan ketua kerani mana yang mengakui kesilapan mereka dan meletakkan jawatan untuk bersikap tanggungjawab atas kecuaian tersebut?

Adakah mereka prihatin mengenai anggota polis yang hilang senjata atau kereta polis hilang tanpa ada seorang pun yang dipertanggungjawabkan?

Atau wang yang masih dibayar kepada orang mati? Malah tidak mustahil juga mereka yang sudah mati ini masih berada dalam daftar pemilih.

Adakah mereka tidak malu jam tersebut dibeli dengan harga tidak masuk akal? Atau wang tersebut dibelanjakan tetapi hasilnya tidak nampak?Jawapan paling mudah adalah tidak.

Selasa, 1 Oktober 2013

Ulasan Dr Maza Tentang Tok Guru Nik Aziz Di Facebook

 Dr Maza bersama TGNA,MB dan TMB Kelantan di majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti

Berikut kenyataan Dr Maza tentang Tok Guru Nik Aziz yang dipetik dari FB DrMAZA : 

Bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan.

Saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput..terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam..seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia.

Keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah.PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya.

TGNA merupakan mahaguru rakyat yang mendidik kematangan dan beliau merupakan lagenda bagi politik negara ini..tiada siapa dapat memadamkan kegemilangan politik beliau dalam catatan sejarah Malaysia..walaupun dihimpit, ditindas, dizalimi dan cuba dikaitkan dengan pelbagai tuduhan, kerajaan beliau kekal begitu lama dan tiada tuduhan yang boleh disabitkan ke atas TGNA di mahkamah.

Saya gembira beliau melepaskan jawatan dalam kegemilangan..moga hidupnya mulia dan matinya juga nanti mulia..bak kata Syauqi Dif bahawa sebutan selepas ketiadaan kita adalah umur kita yang kedua..saya rasa bertuah berada dengan beliau semalam..moga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik ~ Sumber

Parlimen kecoh sebelum PCA dibaca kali kedua

Kecoh di Parlimen sebelum bacaan kali kedua pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) bangkit dan menuntut agar bacaan Rang Undang-undang PCA (pindaan) Pemerluasan itu ditangguh.

Antara pemimpin pembangkang yang bangkit adalah ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali (gambar) yang mempersoalkan sama ada rang undang-undang itu akan ditarik balik atau tidak, memandangkan masa yang diperuntukkan untuk 11 rang undang-undang termasuk PCA tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga hari persidangan.

"Saya percaya, kalau tidak sempat bahas kita bawa kepada sidang yang seterusnya, itu tiada masalah.
"(Tetapi) kalau ada 11 rang undang-undang, maknanya perbahasan yang ini terlalu pendek. Di mana seriusnya kerajaan, seolah-olah tidak serius," kata Azmin sejurus sebelum sesi bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut dibacakan.

"Mana boleh 11 rang undang-undang dalam tiga hari, kalau sampai pukul 12 malam sekalipun. Saya harap saya minta Menteri Dalam Negeri katakan adakah akan teruskan untuk tarik empat rang undang-undang," kata Timbalan Presiden PKR itu lagi.

Tindakan Azmin itu kemudiannya dijawab Speaker Dewan Rakyat, dan berkata beliau tidak memberikan sebarang ketetapan masa untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen.

"Berapa minit masa yang diperuntukkan tiada setakat ini. Pada masa ini belum ada tempoh masa. Tetapi petang nanti jam 6 petang, atau 8 malam kalau perlukan masa yang tepat, kita akan tetapkan," kata speaker.

Beberapa pemimpin politik Barisan Nasional (BN) kemudiannya bangun membidas Azmin, antaranya ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Gombak boleh bangun cakap satu hari... Ini Kalilah Gombak, berdiri satu hari," kata Bung Mokhtar.
Ahmad Zahid kemudiannya meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang berkenaan sejurus sebelum sesi Sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada tengahari. – 1 Oktober, 2013.TMI

Isnin, 30 September 2013

Bekas Pengiring Peribadi Berkongsi Pengalaman Bersama Ust Azizan

 Shahril memimpin tangan Ustaz Azizan ketika melaksanakan tugasnya sebagai pengiring peribadi Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah itu.

ALOR SETAR - Kesederhanaan cara hidup bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada bekas pengiring peribadinya, Koperal Shahril Rizal Ismail, 33.

Bahkan beliau turut menganggap Azizan seperti bapanya sendiri.

Menceritakan pengalaman ke sana ke mari bekerja dengan pemimpin itu yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Azizan, Shahril berkata, pemikiran Ustaz Azizan dalam sesuatu perkara sukar untuk dibaca dan dijangka.

Menurutnya, keperibadian Ustaz Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu, akan menyentuh hati sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang baru kenal dan rapat dengan kehidupannya.

“Walaupun sebagai menteri besar, kehidupan Ustaz Azizan adalah biasa dan mudah dari aspek keperibadiannya. Makan-minum, pakai, bahkan tidurnya juga sekadar berbaring di atas sofa.

“Kalau hari tak ada tugasan rasmi, ustaz akan habiskan masa duduk di atas sofa di rumahnya. Baca buku, kitab, surat khabar atau menonton televisyen, jika ada kawan-kawan mahu berjumpa pun ustaz lebih suka orang datang ke rumah,” katanya ketika diminta menyingkap kembali nostalgia bersama Ustaz Azizan.

Shahril berkata, secara tidak langsung banyak aspek kehidupan dapat dipelajarinya di sebalik perwatakan Ustaz Azizan yang tegas malah dikatakan agak garang.

Menurut Shahril, Ustaz Azizan memiliki ego tersendiri tetapi sikapnya itu akan membuatkan seseorang berasa malu terhadap beliau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....