Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 5 April 2013
Khamis, 4 April 2013
PRU 13 : Mat sabu Bertanding Di Kedah,Husam Di Putrajaya
PETALING JAYA - Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-13.
Bercakap kepada Bernama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu
bagaimanapun enggan memberitahu kawasan yang akan ditandingi itu.
"Nanti kita akan putuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan rakyat hari ini," katanya.Sebelum ini, desas-desus mengatakan Mat Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, Kedah.
Mat Sabu pada pilihan raya umum 2008 bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan kalah kepada Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 628 undi.
Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa dijangka bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya yang kini disandang Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Saya dengar-dengar begitulah, tetapi kita tunggu hasil keputusan mesyuarat hari ini," kata Husam.
Husam adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan dan beliau antara yang disebut-sebut bakal Menteri Besar Kelantan yang kini disandang Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Bernama
Rabu, 3 April 2013
Video : Utusan Kontoi Berbohong,Pelajar Pondok Nafi Masuk UMNO
Untuk besarkan KLIK imej
Penjelasan daripada Saudara Muhammad Hafni Zaini berhubung laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1/4/2013 di sini: http://utusan.com.my/utusan/Politik/2...
DUN negeri Pakatan Rakyat turut dibubarkan hari ini
Najib dengan diiringi Muhyidin membuat pengumuman secara langsung pembubaran melalui TV1
KUALA LUMPUR, 3 April — Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) akan
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak hari ini dan memberi
laluan kepada pilihan raya serentak seluruh negara sebaik sahaja perdana
menteri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pagi ini.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor
Sharafuddin Idris Shah pada 1.30 petang ini di istananya di Shah Alam,
kata setiausaha politiknya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Hari ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor pada jam 1.30 petang ini di Istana Alam Shah.
“MB akan bertemu Sultan untuk mendapat perkenan bagi membubarkan DUN,” kata Faekah Hussin.
Beliau berkata menteri besar akan memaklumkan kepada media tentang
pembubaran DUN tersebut hanya selepas bertemu pemerintah negeri
tersebut.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka akan mengumumkan
pembubaran DUN negeri utara tanah air tersebut dalam satu sidang media
pada 12.30 petang ini di George Town.
Lim dan Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain perlu mendapatkan
kelulusan daripada Yang Di-Pertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di
kediaman rasminya Seri Mutiara.
Menteri besar di Kedah, Kelantan yang juga merupakan negeri PR juga
bakal mengikut langkah sama dan dijangka akan mengadap dengan pemerintah
negeri masing-masing untuk mendapatkan kelulusan.
Video : Samseng Umno Ganggu Ceramah Anwar Di Johor
Samseng UMNO menggangu ceramah Anwar Ibrahim di Majidee Johor menggunakan pembesar suara ~ Tinta Hijau DKB
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009









