Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 Mac 2013

Op Daulat: Dua Anggota Polis Cedera Di Lahad Datu

Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kawasan kampung selepas mengadakan pemeriksaan di beberapa rumah di Kampung Pinggir Bakau bagi mengesan saki baki pengganas di sini.Foto Bernama

LAHAD DATU - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan berselang-seli yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.

"Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan," katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.

Beliau berkata, serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.

Laporan media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Jamalul Kiram III, yang didakwa dalang pencerobohan itu, meminta kumpulan yang menceroboh Lahad Datu supaya meletak senjata selepas berlaku kematian di pihaknya ekoran gerakan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia.

Hamza berkata, jumlah tangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan penceroboh telah meningkat kepada 85 orang berbanding 79 sebelum ini.

Antara Keberanian Najib Dan Kelemahan Pak Lah


Ketika artikel ini ditulis, baru sahaja seminit melepasi 8 Mac 2013. Rakyat Malaysia meraikan 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.

Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembanagkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.

Mengimbau 5 tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

Beliau pengganti Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.

Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Clean lantaran perwatakannya yang lemah lembut dan dilihat bersih dari sebarang masalah politik dan salah guna kuasa. Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej 'diktator' yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.

Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakangkan agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang. Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.

Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.

Gambar : Operasi Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu Pada 9/03/2013




Liwat II : Dr Haron Din Mengulas Pendedahan Bapa Saiful

SHAH ALAM: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.Hrkh

Sabtu, 9 Mac 2013

Lahad Datu: Seorang Lelaki Bersenjata Sulu Ditembak Mati

 Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan mortar ke Kampung Tanduo semasa menjalankan operasi, Sabtu. -foto Kementerian Pertahanan

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kawalan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.

Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.

Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.

"Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.

Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui."Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya.Mstar

Op Daulat : Bunyi letupan bom kedengaran di Lahad Datu

LAHAD DATU - Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.

"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....