Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 21 September 2012
PKR gesa Umno umum calon MB sebelum bercita-cita tawan Selangor
PETALING JAYA, 21 Sept — Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak untuk menamakan
nama calon bakal Menteri Besar sebelum bercita-cita mahu menawan
kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor disamping juga menggesa mengumumkan
tarikh pilihanraya umum ke-13.
Cabaran tersebut dilontar oleh Zuraida (gambar) bagi
menjawab kenyataan Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya
Umno dan BN memiliki resipi untuk menawan Selangor dalam PRU yang bakal
menjelang dalam akhbar Sinar Harian pada 16 September lalu.
“Mereka mahu tawan Selangor tapi siapa bakal MB yang mereka mahu?
Calon pun tiada, tapi masih mahu bercita-cita tawan kerajaan PR
disini?,” kata Zuraida dalam satu majlis pelancaran Jelajah Selangor di
pejabat PKR di Subang pagi tadi.
“Jika Umno mempunyai resipi untuk menang, kami mencabar Muhyiddin
mendesak PM untuk mengumumkan segera PRU ke-13. Kemudiaan barulah
bercakap tentang mahu menawan Selangor.”
Umno serius untuk menawan semula Selangor dan khabar angin antara dua
calon mereka ialah Dato' Sri Mohd Zin Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar
tetapi hingga kini PM selaku pengerusi BN Selangor belum mengeluarkan
kenyataan tentang siapa bakal MB mereka.
Zuraida juga mengingatkan Umno supaya menghentikan sandiwara gerak
saraf politik dengan menyerang kerajaan PR di Selangor kerana usaha
tersebut tidak akan berhasil kerana rakyat sudah matang dan dapat
berfikir sendiri.TMI
Bernama mengaku foto majlis PM 'telah diubah'
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah
menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya
baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo
Heong.
"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca
dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas
sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.
"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab
melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang
tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. -
Bernama
Khamis, 20 September 2012
Fitnah: Presiden PAS saman Dr Mashitah Ibrahim
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi
unsur fitnah.
Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.)
Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.
Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.
Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat
permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita
ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan
Nasar Khan.
Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.
Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.Hrkh
Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.Hrkh
Bantah Filem Hina Nabi,Tok Guru Nik Aziz Seru Umat Islam Turun Ramai Ramai
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap
demonstrasi mengecam filem Innoncence of Muslims di Kedutaan Amerika
Syarikat (AS) esok akan berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang
insiden yang tidak diingini.
Bagi tujuan itu, Nik Aziz menggesa agar semua umat Islam tanpa mengira
kedudukan dan parti agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes
itu.
“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya
mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak
pernah meredai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa
jua bentuk sekalipun.
“Dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna
kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak
menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW,”katabeliau yang
juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan di sini pagi ini.SH
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009






