Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Mei 2012

Pelbagai Pihak Kecam Utusan Sebar Gambar Lucah

SHAH ALAM, 2 MEI : Umno begitu terdesak apabila dua akhbar yang dinaunginya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo, bertindak menyiarkan gambar lucah di muka hadapan hari ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan ini akan menjerumus generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan  Umno sudah sangat terdesak.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya budaya pemberitaan seperti yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini.

“Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.. Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik? soal Nik Aziz dalam kenyataan di Facebooknya.

Bagi pendakwah bebas, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, tindakan penyiaran gambar berkenaan satu petanda kotor minda dan hati si pembuat keputusan menyiarkan gambar berkenaan.

“Saya sangat membantah siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo 2 Mei.

Video : Bersih 3.0,Astro Mengaku Potong Liputan BBC




KUALA LUMPUR, 2 Mei — Astro mengaku memotong liputan Bersih 3.0 oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) tentang Bersih 3.0 namun melahirkan rasa kecewa dengan saluran berita global itu kerana gagal memahami Astro berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan tempatan.

Naib Presiden Kanan Operasi siaran Astro Rohaizad Mohamed menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa klip 2:16 minit itu telah dipotong mengikut peraturan kandungan kebangsaan. Walau bagaimanapun, klip itu mengandungi rakaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita.

Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut.

Bersih 3.0: Pemimpin Umno tuding jari sesama sendiri

KUALA LUMPUR,Himpunan Bersih 3.0 mengakibatkan Umno semakin pening dan kini sibuk dengan pesta menuding jari antara satu sama lain, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu."Yang paling pening ialah (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein)," katanya.

Menurut Mohamad, sebelum himpunan Bersih 3.0 itu, menteri tersebut menuduh beliau dan Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamudin Rais mengajak mereka yang berhimpun supaya masuk ke dalam Dataran Merdeka.

"Sedangkan yang sebenarnya kami ditugaskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Bersih supaya berpesan kepada orang ramai terutama anak-anak muda yang berhimpun di sekitar kawasan itu supaya jangan memasuki Dataran Merdeka," katanya.

Selepas himpunan Bersih pula, kata Mohamad, Hishammuddin mendakwa pula bahawa tindakan polis merampas kamera wartawan adalah sebahagian dari garis panduan operasi polis (SOP).

"Selepas itu, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) beritahu bahawa bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 itu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis SOP.

"Satu negara nampak menteri itu pening teruk. Saya nasihatkan dia pergi berehat ke Bahamas," katanya.

Beliau berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan Hishammuddin menjadi sasaran kemarahan kedua-dua pihak.

"Penyokong PR (Pakatan Rakyat) marah kepadanya sebab berdendam sangat terhadap kekejaman polis terhadap mereka.

"Puak Umno pula marah menteri itu kerana mereka kata dia gagal hadapi Bersih 3.0 yang meranapkan lagi  imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Menurut Mohamad, beliau diberitahu oleh mereka yang rapat dengan sumber dalaman Umno bahawa para pemimpin parti itu kini saling menuding jari kepada satu sama lain.

Selasa, 1 Mei 2012

Fitnah Seks : Jawapan Balas Azmin Ali

Salah satu gambar yang disiarkan blog pro umno khusus untuk mengaibkan Azmin

Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga.

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Bersih 3.0 : PRU13 mungkin ditunda ???

SEMUA dugaan mengira PRU13 akan berlangsung dalam masa sebulan setengah ini - antara Mei dan Jun jika dilihat tandanya begitu banyak.

 Report antarabangsa menyebut rating  Najib untuk memenanginya begitu tinggi dibandingkan dengan masa sebelumnya, lalu bendera Dacing mula dipasang di sana sini.

Tetapi agensi berita antarabangsa mendapati rating Najib jatuh balik berikut dengan reaksi kerajaan dan polis terhadap unjuk rasa Bersih 3.0 Duduk Bantah yang mendapat sokongan rakyat luar biasa pada petang 28 April lalu.

Orang yang membanjiri Kuala Lumpur dari seluruh Semenanjung menggerhanakan kehadirian jelajah Najib  ke seluruh negara menjelang Bersih 3.0 itu.

Bagi meningkat rangsangan rakyat terhadap PRU13 Najib berkunjungan ke semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan lawatan di banyak daerah. Semuanya mendapat sambutan besar. Rating Najib dirasakan naik mendadak.

Tetapi lautan manusia datang  sendiri ke  Bersih 3.0 Duduk Bantah itu mengatasi jumlah semua sambutan yang terhadap Najib di seluruh negara beberapa bulan itu.

Sekalian yang hadir menyabut  Najib itu selain dari diangkut percuma, masing-masing mendapat habuan. Mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Tetapi yang ke Bersih 3.0 datang dengan duit dan kenderaan sendiri.

Perdana Menteri Najib diketahui seorang yang penakut. Melihat sambutan Bersih 3.0 yang luar biasa itu mengecutkan perutnya, menyebabkan dia rasa gerun dan kalah sebelum pilihan raya diadakan.

Video : Eksklusif Bersih 3.0,Pengakuan Mangsa Keganasan Polis





Pengakuan dari beberapa orang peserta Bersih 3.0 yang sempat aku rakam.Rakaman dibuat di hadapan PULAPOL Jln Semarak sebaik mereka dibebaskan dari tahanan Polis...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....