Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 10 April 2012

Penganjur BERSIH 3.0 Akan Berunding Dengan Polis

SHAH ALAM, 10 APRIL : Penganjur Perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyertakan 200 Unit Amal PAS dan 100 peguam yang akan berkhidmat secara sukarela ketika berlangsungnya himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata jaminan keselamatan kepada peserta himpunan akan terus diperkemaskan bagi memastikan himpunan yang dijangka dihadiri lebih setengah juta itu berjalan lancar.

Maria menambah, pihaknya mengharapkan kerjasama baik daripada pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil secara ‘duduk dan bantah’.

“Pihak kami akan melakukan rundingan dengan pihak PRDM berhubung dengan perhimpunan rakyat secara duduk dan bantah.

“Diharapkan satu kerjasama yang baik dapat dizahirkan oleh PDRM kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan untuk rakyat berhimpun.

“Pihak kami juga akan mendapatkan kepastian bahawa pihak polis akan mengawal lalu lintas ketika perhimpunan dan bukannya menyediakan gas pemedih mata dan gerombolan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU),”jelasnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjelaskan perhimpunan BERSIH 3.0 yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini bukan satu isu ancaman keselamatan.

Sebaliknya, Hishammuddin memberi laluan dengan meminta satu rundingan dilakukan antara pihak penganjur dengan PDRM.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Maria berharap kenyataan itu disusuli dengan penuh tanggungjawab kerana ia adalah hak rakyat Malaysia untuk berhimpun.

“Apa yang kami harapkan, mereka lakukan seperti mana yang mereka gambarkan, sekiranya tidak mereka perlu menjawab kepada rakyat,”ujarnya.

Sebuah portal web berita melaporkan, pihak polis masih enggan membuat apa-apa kenyataan berhubung persiapan untuk perhimpunan itu.TVS

Bapa Altantuya bersua muka dengan Najib

Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.M'Kini

Video : Ceramah DS Anwar Di Bentong Pahang






Bentong, Pahang 08/04/2012

Pemuda Pas kerah 10,000 anak muda setiap negeri ke Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen untuk mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri  untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini.

 Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, ini bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan.

“Anak muda ini tidak semestinya dari ahli PAS sebaliknya dari pelbagai lapisan anak muda prihatin yang menyedari keperluan untuk bangkit melakukan perubahan memulih sistem pengurusan dan pengendalian pilihan raya negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selama ini, katanya anak-anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem piliharaya melalui alam maya.

Menurutnya, mereka berkumpul membentuk gelombang siber kerana jumlah mereka terlalu ramai.

“Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian cyber untuk Duduk dan Bantah di Dermaga Pada iaitu di alam nyata dan tempatnya telah ditetapkan di Dataran Merdeka bukan lagi di alam maya.

“Insya Allah, DPP Negeri dan kawasan akan bantu membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang kita miliki. Kita juga akan bergandingan dengan Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY untuk memastikan sasaran dan objektif tercapai,” ujarnya.

Jelasnya, Duduk dan Bantah konsepnya aman, suatu hak rakyat untuk lahirkan suara hati sekaligus menyentap perhatian pihak berwajib agar melakukan perubahan setelah mereka tetap berdegil sejak sekian lama meskipun pelbagai laporan, desakan dan tuntutan dibuat ke arah itu.

“8 tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau, maka Bersih 3.0 adalah kelangsungannya,” ujarnya.Hrkh

Isnin, 9 April 2012

Bila Artis Dan Sasterawan Sertai Pas

Aishah dan Bob Lokman bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia

KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.

Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.

"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.

Video : Santai bersama Zuar XPDC & Mel Wings



Program Talk Show Santai Bersama Selebriti - Zuar XPDC dan Mel Wings.Moderator: Khairul Anuar.Anjuran Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai - 8 April 2012

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....