Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 19 Mac 2012

PRU 13 : Senarai calon Pas dan PKR hampir selesai

SHAH ALAM - PKR dan Pas hampir selesai menamakan semua calon bagi kerusi Parlimen sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan bila-bila masa.

PRU13 boleh diadakan sebelum 28 April 2013, iaitu selepas lima tahun satu-satu penggal pilihan raya tamat.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai senarai pendek calon dipilih PKR.

“Boleh dikatakan hampir selesai, lepas ini kita akan berbincang mengenainya bersama biro politik dalam masa terdekat.

“PKR mengenal pasti calon berpotensi untuk membawa suara rakyat dalam menghadapi PRU, kerana pilihan raya lalu kita akui tersilap memilih calon yang mengkhianati suara rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pada pilihan raya lalu, PKR meletakkan 94 calon dari parti itu dan memenanginya sebanyak 31 kerusi. Manakala Pas memenangi 23 kerusi dan DAP menang 28 kerusi.

Keputusan itu sekali gus menafikan dua per tiga majoriti kepada Barisan Nasional daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Azmin berkata, mereka menetapkan pelbagai kriteria sejak setahun lalu dalam menentukan calon, antaranya mereka hendaklah benar-benar amanah, bersih, menghayati idealisme parti dan apa yang lebih penting boleh berkhidmat untuk rakyat.

Sementara itu, Pas juga selesai menamakan tiga calon sesuai bagi setiap Parlimen untuk dibincangkan sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kali ini mereka menamakan dan memilih lebih 70 kerusi Parlimen berbanding pilihan raya lalu, iaitu 63 kerusi sahaja.

“Semuanya hampir selesai, kebanyakannya tidak berumah cuma beberapa muka baru dari kalangan Pemuda dan Muslimat bertambah masing-masing 40 peratus dan 20 peratus.SH

Ahad, 18 Mac 2012

Anwar Dedah Kepincangan Projek Lebuh Raya Pantai Timur

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar dalam melaksanakan Projek Lebuh Raya Pantai Timur apabila beberapa keputusan yang dibuat tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Menjunjung Titah Diraja di Dewan Parlimen baru-baru ini, kerugian tersebut berlaku disebabkan terdapat beberapa kontraktor yang sepatutnya disenarai hitamkan dari mendapat tender telah diberikan tender oleh kerajaan.

“Jadi maknanya ada suatu pakatan kerjasama. Sepatutnya, yang saya tahu financial prosedur itu jelas, mana-mana syarikat yang gagal maka semua anak syarikat itu dikecualikan daripada mendapat tender semula.

“Akan tetapi ini diberikan pengecualian, pakej kelapan, anugerah kepada Arah Jitu RM80 juta, mansuh November 2009.“Kemudian, ditender semula, berikan pula kepada Arah Jitu, harga RM76 juta.

“Ini kontrak apa sebegini? Ia gagal, kita anugerahkan semula. Jadi, kontraktor yang gagal untuk melaksanakan dua pakej; 8B dan 9B, dipilih semula dengan harga yang jauh lebih tinggi,” ujar beliau.

Anwar turut memberitahu dewan bahawa Kerajaan juga didapati tidak menuntut kembali bayaran yang telah dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat yang gagal menyiapkan projek yang diberikan kepada mereka.

“Ini saya tekankan kerana kontrak 1A, pakej 1A bernilai RM41.86 juta dianugerahkan kepada Ascent Vest Sdn Bhd, dimansuhkan pada April 2010 setelah membayar RM27.2 juta.

“Ditender semula, dianugerahkan kepada Q-Bena dengan harga RM31.1 juta dengan tambahan dana. Kontraktor pertama patut bayar ganti rugi.“Pakej keempat dianugerahkan kepada Kobena Corporation harga RM61 juta, gagal lagi siap dan diberikan kepada syarikat baru, pakej ketiga.

“Yang hendak saya tekankan pakej keempat ini tadi ialah setelah gagal syarikat ini diberi pula kepada anak syarikat yang sama, anak syarikat kepada syarikat induk yang sama,” katanya lagi.

Sebelum ini beberapa media tempatan melaporkan pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Timur ini telah mengalami kelewatan dari jadual kerja disebabkan kegagalan beberapa kontraktor yang dianugerahkan projek ini menyiapkan kerja-kerja mereka.

Malah beberapa media siber turut melaporkan aliran air Sungai Bagus, Terengganu turut dilencongkan bagi membolehkan aliran air mengalir di bawah jambatan yang dibina di atas daratan sebelumnya.

Selain itu, kos pembinaan proejek ini juga meningkat kepada RM210 Juta dengan tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta.TVS

Video : Sidang Parlimen Kecoh Bila Wakil BN Hina Orang Kelantan

10 kesilapan Mahathir Mohamad

Oleh Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik kesemua perdana menteri Malaysia dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah Najib Razak, kecuali dirinya sendiri.Mahathir juga telah mengkritik pemimpin dunia yang lain termasuk PM Britain, Tony Blair dan sudah tentu George W Bush, presiden Amerika Syarikat yang ke-43

Setakat ini tiada yang berani bersuara terhadapnya.Ini tidaklah menghairankan memandangkan hanya seorang dua daripada PM- PM ini masih hidup termasuk Najib sendiri. Bagi pemimpin antarabangsa, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu mempedulikan Mahathir, dan ini hanya menambah kemarahannya, tetapi tiadaapa yang boleh dia lakukan terhadap mereka. Walau bagaimanapun, dia boleh menjadikan hidup penggantinya sukardan dia telah berjaya melakukan ini.

Setelah Mahathir bersara pada tahun 2003, selepas 22 tahun menjadi PM, ada yang mula bercakap tentang legasinya yang 'hebat' dan dia dikenali pula sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Kira-kira 9 tahun selepas dia bersara, kepincangandalam perancangan dan dasar ekonomi, sosial dan politik mula mendatangkan malapetaka besar pada negara lebih teruk daripada tsunami 2006 yang melanda sebahagian besar Asia Selatan.

Pada usia 86 tahun, Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang boleh membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

DEB

Lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan idea pembuat dasar pada tahun 1960-an yang telah disalahgunakannya secara maksimum. Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa dia akan kekal sebagai ‘Penjahat terulung di Malaysia’ dan bukannya sebagai tokoh terbilang sepertimana yang difikirannya.

Bagi rakan-rakan yang masih mengingatitujuan utama NEP termasuk bekas Menteri Kewangan TengkuRazaleighHamzah, dia berkata pada minggu lepas bahawa DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.

Isu Air: Selangor Minta Nasihat Pakar Antarabangsa

LONDON, 18 MAC: Kerajaan Selangor mendapatkan nasihat dari firma perundangan antarabangsa di London berhubung kebuntuan yang sedang dihadapi dalam usaha  mendapatkan semula hak menguruskan industri air di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan sekumpulan peguan kanan untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kebuntuan rundingan yang akan memberi  manfaat kepada jutaan rakyat Selangor.

Kami amat serius untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang digubal kerajaan Pusat Barisan Nasional. Akta ini membenarkan perjanjian konsesi ditamatkan sekali gus membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

Kami kesal dengan keengganan Kerajaan Pusat bekerjasama untuk melaksanakan akta yang mereka sendiri gubal. Sikap yang ditunjukkan Kerajaan Pusat ini berbaur kronisme dan lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding  kebajikan rakyat.

Sebagai firma perundangan yang dihormati, kita berharap mereka dapat menggunakan pengalaman undang-undang untuk menguruskan situasi seperti ini,  kata Menteri Besar.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga berbincang mengenai cabaran menghadapi industri perkhidmatan air di Selangor bersama sekumpulan sarjana di Pusat Pengajian Islam Oxford.  Pada majlis makan tengahari yang dihoskan fellow Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti, Menteri Besar telah menerangkan kegagalan penswastaan air di Selangor.

Kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi penyebab kepada kegagalan ini. Kontrak konsesi sepatutnya diberikan secara tender terbuka- satu istilah mudah tetapi sukar dilaksanakan jika tiada yang serius membanteras gejala rasuah.

Di Selangor, syarikat konsesi dipilih bukan kerana kepakaran dalam industri air mahupun kerana kewangan kukuh. Tidak hairanlah jika mereka gagal teruk.

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia


Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan  adalah antara yang tertinggi di Asia.

Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.

“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.

“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power  (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.

Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat,  mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.

Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.

Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.

Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.

“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’," katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....