KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda PAS dari DUN Jabi,
kawasan Setiu adalah antara 16 individu yang didapati bersalah oleh
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana terbabit dengan perhimpunan
membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim,
beliau adalah Mohd Shukri Mohamad, 40 tahun, yang berasal dari Jertih,
menetap di Alor Serdang.
“Mohd Shukri Mohamad, asal Jertih,
menetap Alor Serdang, 11 OKT didapati bersalah, Shukri OKT No 2,
(beliau) ditahan pada pagi sebelum himpunan (bantah ISA) dekat Masjid
Jamek (Kuala Lumpur) kerana memiliki t-shirt (kemeja T) anti
ISA,”ujarnya ketika dihubungi.
Dr Azman (Gambar bawah) berkata
demikian ketika mengulas keputusan hakim mahkamah terbabit Ainul Shahrin
Mohamad yang memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes
itu melampaui keraguan munasabah.
Menurutnya, beliau dihubungi
oleh Ketua Keselamatan PAS Setiu, Rosdi Ibrahim, yang hadir mendengar
perbicaraan itu diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Alor Serdang, Ramdan
Abdullah.
Menurut Malaysiakini, pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang
dihadapkan ke di mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana
menyertai perhimpunan haram.Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.
Mereka
didakwa itu adalah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail,
Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad
Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri
Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad , Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli
Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.