Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 4 Januari 2012
Raja Petra dakwa rasuah tapi tiada bukti - MB Selangor
Gambar : Tok Guru Nik Aziz Serah Kunci Rumah Pemberian Kerajaan Kelantan Kepada Khairul Fahmi
Video : Mana Memorial Hudud yang Umno janjikan?
S - Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 100 Undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta’Dil as-Suluk, PAS DUN Seberang Takir mempersoalkan, dimanakah Memorial Hudud yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan Umno dan Barisan Nasional?Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman pernah menyebut bahawa kerajaan merancang untuk membina Galeri Hudud di Kampung Seberang Takir
[Gambar - Kawasan 'Tebing Tinggi' di Kampung Baru Seberang Takir dimana menurut sejarahnya adalah tempat 'takir tangan'(potonng tangan) menurut Undang-undang Islam Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk yang dilaksanakan semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Kini menjadi taman rekreasi dimana asalnya mungkin tapak Memorial Hudud yang dijanjikan]Baca Seterusnya...
Selepas Datin Maimon, Afdlin Shauki sertai Umno
UR, Jan 4: Selepas menghiburkan rakyat Malaysia dengan watak Datin Maimon, yang seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat, pelawak terkenal Afdlin Shauki, bersama rakannya Harun Salim Bachik tiba-tiba mengumumkan menyertai Umno.(Gambar :Afdlin Shauki sebagai Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega)
Dua anggota kumpulan Boboi, yang menjadi naib juara dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) dikatakan telah menyerahkan borang keahlian Umno semalam.
Keputusan sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan dikira amat mengejutkan para peminat Boboi kerana persembahan Afdlin dan Harun dalam peringkat final MLM sebagai Datin Maimon dan hantu minyak cukup menghiburkan.
Sebagai Datin Maimon, Shauki cukup mencuit hati penonton dengan gaya rambut besar dan lenggok menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.
Bukan itu sahaja, Shauki turut menghiburkan penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah beserta lagu ‘Ghost Buster’ yang ditukar liriknya untuk membasmi orang minyak yang dilakonkan oleh Harun.
Kepada para peminat politik, sudah tentu perkataan-perkataan dan aksi-aksi yang digunakan Shauki lebih melucukan kerana minda mereka akan terbayangkan seseorang meskipun Shauki mungkin tidak berniat atau menyedari lakonannya akan mempunyai kesan sedemikian.Hrkh
Mahasiswa Serahkan Memorandum Pada Tok Guru Nik Aziz
lantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa simpati terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971).Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu.
“Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,”ujarnya.
Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang juga jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi Menteri Besar, Kota Darulnaim.
Sambungnya, ia adalah antara kezaliman serta ketidakadilan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri.
Tambahnya, malah dirinya sebagai orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat secarah sah dalam pilihanraya umum sejak 21 tahun lalu turut dinafikan banyak haknya sebagai ketua kerajaan di negeri itu.
Katanya, menyentuh akta ini semua golongan mahasiswa tidak boleh bebas dalam menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu.



