

laysia
sekali lagi cuba mencari masalah apabila media milik UMNO ini
menyiarkan kartun yang secara jelas menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat sebagai orang tua yang sudah terlalu uzur tapi masih mahu
bertanding dalam pilihanraya akan datang.
"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).
"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.
Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.
"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.Hrkh

Kempen ini dipelopori oleh parti politik pembangkang dan NGO.
Berbeza dengan kempen lain, ABU turut mengetengahkan suri rumah, pekerja dan golongan pelajar.
Menurut Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia Al Jafree Md Yusop, sesi ceramah semalam menampilkan Badrul Hisham Shaharin dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan PKR, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan dan aktivis NGO Haris Ibrahim.
1, 000 orang hadir
“Mereka berceramah berkenaan banyak isu tetapi ia adalah berpangkalkan empat topik utama iaitu peningkatan harga barang, politik perkauman, Lynas dan undang-undang yang zalim seperti ISA, Ordinan Darurat dan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011,” kata Jafree.
Hampir 1, 000 menghadiri sesi ceramah ini.
Menurut Jafree, golongan suri rumah yang berceramah disitu menyatakan bahawa para penduduk di kawasan luar bandar turut menghadapi kesukaran ekoran kenaikan harga barang.
Beliau menambah bahawa kempen ABU akan diteruskan siri jelajah di setiap negeri tidak lama lagi.FMT
PUR: Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menyatakan beliau enggan terjun dalam dunia politik walaupun selepas meninggalkan jawatannya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).