alinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis sejak dari awal proses pilihan raya negeri Sarawak sudah mengumumkan mengenai wujudnya Kerusi Panas. Ia dimaksudkan kepada kedudukan kerusi-kerusi yang berkaitan rapat dengan potensi persaingan sengit dan ketegangan isu kempen dimainkan antara parti-parti atau calon bertanding. Di samping kawasan itu juga ditandai warna merah yang menjelaskan keadaan lebih kritikal yang berkemungkinan besar pihak Barisan Nasional bakal kalah ditangan Pakatan Rakyat.Jangkaan sebelum realiti
Menurut Malaysiakini (14 April 11) yang memetik sumber Umno berkata ada 28 kerusi panas yang melibatkan 19 kerusi dianggap bakal dimenangi Pakatan Rakyat. Sementara sembilan Dun lagi bakal menjadi medan perebutan yang belum pasti.
Sejumlah 19 kerusi panas itu, 15 kerusi adalah ditandingi SUPP, iaitu lima di Kuching, tiga di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu. Sementara empat kerusi lagi ialah masing-masingnya tiga PBB dan satu SPDP. Jika ini berlaku bermakna, Pakatan Rakyat akan dapat memenangi setidak-tidaknya 19 hingga 28 Dun dan sekaligus memungkinkan upaya Pakatan Rakyat menafikan kuasa mutlak dua pertiga.
Sekiranya matlamat untuk menafikan kuasa dua pertiga, iaitu memenangi 24 kerusi, rasanya Pakatan Rakyat tidak mempunyai halangan besar. Ini kerana kesemua kerusi itu terletak di kawasan majoriti Cina dan Iban, kecuali tiga Dun ditandingi PBB merupakan Dun Melayu/ Melanau (Seribas, Beting Maro dan Lingga). Di Dun Panas itu juga berlakunya putaran ligat isu penolakan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari kuasa ketua menteri. Ia seperti mana dijelmakan oleh laras bahasa kempen DAP yang mengingatkan pengundi bahawa “vote SUPP = vote Taib” sehingga memaksa pihak Barisan Nasional memutar isu tersebut menggunakan pendekatan reverse psi-war dengan mengajak pengundi Cina mengundi Barisan Nasional demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan, kemakmuran dan kesederhanaan.
Apa pun semua laras bahasa kempen pihak Barisan Nasional sudah dilihat kaku dan tidak bermaya berikutan banyak isu-isu yang terdedah sudah membongkarkan kekayaan Abdul Taib, anak-anak, menantu dan kroninya menerusi pelbagai projek ekonomi dan kewangan.
Menurut Bridget Welsh (Malaysiakini 12 April 2011) isu-isu berkaitan Abdul Taib itu telah perlekatkan dengan kekangan ekonomi semasa, peningkatan perbelanjaan sara hidup, gaji yang murah diikuti dengan pembolotan kekayaan oleh elit politik kroni Barisan Nasional dan elit politik dari Semenanjung Malaysia yang seida mengaut hak rakyat Sarawak. Ia bakal mencetus suatu gelombang kebangkitan rakyat Sarawak seumpama dengan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.
Hal ini ada benarnya berasaskan kepada kajian persepsi oleh Zentrum Future dan maklumat Malaysiakini daripada ‘dalaman Umno’ yang menyimpulkan pihak Barisan Nasional Sarawak tidak lagi kalah lapan Dun, sebaliknya akan hilang kuasa dua pertiga.







