Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 21 April 2010

Permohonan Zahid Hamidi batal saman usahawan ditolak

SHAH ALAM, 21 April — Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar)untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh seorang usahawan terhadap beliau, tiga tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu di dalam kamarnya hari ini.

Mahkamah juga memberi tempoh selama sebulan kepada Ahmad Zahid untuk memfailkan pernyataan  pembelaannya berhubung saman itu.
Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 39, selaku plaintif memfailkan saman malu itu terhadap  Ahmad Zahid selaku defendan. Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian  pada 16 Jan 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Lima cawangan Umno di H. Selangor mungkin bubar

DI tengah-tengah pesta membeli pemimpin PKR oleh BN, tersebar khabar terbaru terdapat 5 hingga 10 cawangan Umno akan bubar di Hulu Selangor.

Menurut sumber maklumat, satu pertemuan pemimpin-pemimpin di Umno Bahagian Hulu Selangor dengan pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan telah pun diadakan. Bagaimanapun agenda perbincangan mereka dirahsiakan.

Berkemungkinan mengenai perisytiharan pembubaran cawangan Umno menjelang tempoh terakhir berkempen di kawasan parlimen itu. Menurut sumber tersebut lagi, Umno Hulu Selangor amat tidak berpuas hati dengan pencalonan Kamalanathan. Bagi mereka sepatutnya calon Melayu perlu diangkat untuk memimpin Hulu Selangor memandangkan kaum Melayu adalah majoriti.

Parlimen itu sebelum ini telah pun diwakili oleh MIC selama hampir sepuluh tahun namun tidak banyak pembangunan untuk orang Melayu yang diusahakan. Bagi mereka, oleh kerana kerajaan Selangor di bawah PR maka adalah lebih mudah untuk berurusan dengan PR berbanding BN terutama dalam mendapatkan peruntukan membangunkan masyarakat setempat.Erapakatan

Gambar:Sekitar Ceramah Pakatan Di Bukit Sentosa








Selasa, 20 April 2010

DAP Cabar Umno Buat Pengakuan Tak Minum Arak

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

PAS tambah bilangan petugas di Hulu Selangor





KUALA LUMPUR, 20 April:
PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil parlimen itu Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut siang tadi.

"PAS malam tadi membuat keputusan akan all out hantar tenaga kita sebanyak mana yang diperlukan untuk membantu PKR," katanya.

Keputusan menghantar pasukan tambahan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Dengan kerahan tenaga baru itu menurutnya, bilangan petugas PAS di Hulu Selangor akan meningkat dari 20 peratus kepada 60 paratus.

"Kita ada unlimited resources, walaupun Zaid calon PKR, tapi Zaid adalah calon PKR, DAP dan PAS," katanya lagi.

Mengulas isu serangan peribadi terhadap Zaid berhubung isu arak pula beliau berkata, tindakan Umno itu tidak ada kelas dan bakal memakan diri sendiri.

Umno/BN, katanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan Zaid tidak berada di parlimen.

"Seluruh perdana menteri yang perintah Malaysia terlibat dengan arak kecuali Abdullah Badawi.

"Yang lain terlibat, ada saya tengok dengan mata kepala saya sendiri pun ada, tapi saya tak mahu cakaplah," katanya lagi.

Lebih memalukan dedahnya, pemimpin Umno tidak terlepas daripada gejala rasuah, arak, judi dan perempuan.

"Ini budaya dalam Umno, saya pernah dalam kerajaan dulu, saya tahu. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno terlepas dari salah satu benda ini," katanya.Hrkh

Gambar:Tok Guru Nik Aziz Di Masjidil Haram Makkah


Tok Guru Nik Aziz adalah insan yang amat mulia, senantiasa di hormati oleh ramai jemaah.....syukur punyai pemimpin yang bersikap rendah diri, penuh ketaqwaan dan berkeperibadian yang amat tinggi...
Beliau senantiasa mendapat 'perhatian' ...alhamdulilah...insan yang amat mulia selalu di pandang tinggi oleh orang di sekeliling.....ituhlah janji allah pada kita semua....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....