Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 April 2010

Kamalanathan diumum calon BN di Hulu Selangor


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.
Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.
Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.
Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.
Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.
Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.
Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Khalid Samad Mahu Saman Mufti Perak


KUALA LUMPUR 15 Apr - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk memberi penjelasan berhubung satu artikel yang disiarkan dalam tabloid Umno, Selangor Kita.
Edisi terbaru bulan tiga akhbar itu pada artikel muka depannya memetik kenyataan Harussani yang mendakwa Khalid Samad 'tidak beriman' kerana memberi cadangan terhadap enakmen undang-undang Islam Selangor.
Mengulas mengenai akhbar berkenaan, Khalid berkata beliau yakin akhbar itu diterbitkan oleh Umno Selangor meskipun dinafikan parti itu sebelum ini.
"Kita yakin memang dikeluarkan mereka kerana tak ada orang lain, tetapi biasa baling batu sembunyi tangan ini memang dasar Umno.
"Sejauh mana kenyataan dari beliau (Harussani), saya tidak tahu, hakikatnya suratkhabar ini diedarkan di lobi Parlimen dan pasti akan diedarkan di Hulu Selangor. Jika kenyataan ini bukan daripada dia dan tidak tepat, saya minta dia nafikan. Jika tidak nafikan saya minta dia tarik balik," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

MIC kompromi, letak calon baru di Hulu Selangor


KUALA LUMPUR, 15 April — MIC akhirnya berkompromi untuk menerima calon gantian — Ketua Penerangan pusat P. Kamalanathan untuk mewakili parti itu bertanding di Hulu Selangor.
Parti komponen ketiga terbesar itu menerima muka baru itu selepas siri mesyuarat membabitkan pemimpin-pemimpin kanan MIC di rumah Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu di sini sejak 10 pagi tadi.
Menurut sumber, Samy Vellu kini dalam perjalanan untuk mengadakan pertemuan susulan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malam tadi MIC membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon jika pucuk kepimpinan BN menolak syor mereka iaitu meletakkan Palanivel dan menyerahkan kerusi itu kepada Umno untuk bertanding.
Dengan keputusan ini MIC berlembut dan mengubah pendiriannya.
The Malaysian Insider difahamkan keputusan untuk berkompromi minit-minit terakhir ini terpaksa dicapai sebagai jalan keluar dan bagi memastikan majlis pengumuman calon di Bukit Sentosa petang ini berjalan dengan lancar, sekali gus membawa kemenangan kepada BN.

Zaid cabar Muhyiddin isytihar aset

HULU SELANGOR, 15 April — Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.
Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.
Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.
Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

PRK Hulu Selangor:Mugilan ‘disokong’ Umno hadapi risiko dipecat MIC


KUALA LUMPUR, 15 April — MIC memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin termasuk kemungkinan memecat dari parti ke atas Timbalan Ketua Pemuda pusatnya V. Mugilan — yang didakwa proksi Umno — atas alasan “mencuri kerusi” yang diperuntukkan kepada parti itu.

“Sesiapa yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti... mahu mencuri kerusi dari MIC akan diambil tindakan.

“Berada dalam senarai teratas ialah Mugilan,” kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar CWC MIC - pertemuan bersejarah dalam MIC - di sini malam tadi.

Mesyuarat lebih sejam ini diadakan sehari menjelang BN bersedia untuk mengumumkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berkata keputusan tindakan disiplin akan ditentukan pagi esok.

“Kami masih siasat secara mendalam, mengumpul bukti, akan siasat lagi hingga 10 pagi esok,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi esok.

Mugilan dikatakan dinamakan oleh Umno Hulu Selangor kepada pucuk kepimpinan BN sedangkan MIC hanya mengemukakan nama Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Situasi itu menimbulkan suasana tidak senang dalam MIC.

Pagi semalam MIC Selangor protes dengan membidas Umno cuba campur tangan dalam menentukan calon kerusi Hulu Selangor.TMI

Lapan Kawasan Panas di Hulu Selangor

KONTINJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor menempatkan balai bergerak di lapan 'kawasan panas' yang telah dikenalpasti sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita lebih awal lagi mengenal pasti kawasan-kawasan 'panas' yang mungkin kita boleh ambil tindakan proaktif supaya kehadiran pihak polis dapat mengawal keadaan sebelum berlaku apa-apa kekecohan.

"Kita juga sudah letakkan balai-balai bergerak dan kalau tak tepat kawasan itu kita boleh pindah ke kawasan lain untuk memastikan bahawa perjalanan semasa berkempen tidak mengganggu-gugat perjalanan masyarakat untuk melakukan aktiviti harian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affandi mengenai persiapan PDRM bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan di bangunan Parlimen di sini Rabu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....