Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 8 April 2010

Sidang DUN Trg ; ADUN AJIL (BN) Sokong ADUN Bkt Tunggal (PAS)




ADUN Ajil Dato Rosol Wahid menyokong supaya program pembangunan eko-pelancongan di Tasik Kenyir dikaji semula khususnya pembelian bot bagi program Island Hopping yang berharga RM2 juta.BO

MCA pertahan pendirian Pemudanya terhadap Perkasa



Jawatankuasa Pusat MCA semalam mempertahankan pendirian sayap Pemudanya berhubung pertikaian dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk meneruskan perjuangan berlandaskan satu kaum semata-mata.

“MCA akan bekerjasama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi meningkatkan daya saing negara serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertikaian antara Pemuda MCA dan Perkasa bermula apabila Timbalan Setiausaha Agung sayap itu Loh Chew June melabelkan Perkasa sebagai “rasis” setelah pertubuhan tersebut lantang menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu.

Kenyataan itu menyebabkan Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menuntut Loh memohon maaf serta mendesak pucuk pimpinan MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Loh.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita selepas itu, Dr Chua dilapor berkata pada asasnya Loh tidak melakukan sebarang kesalahan dan MCA tidak akan bertindak ke atas anggotanya hanya kerana desakan orang luar semata-mata. — Bernama

Rabu, 7 April 2010

Pelajar dirogol fail saman RM5 juta terhadap kolejnya

KOTA BAHARU, 7 April — Seorang pelajar perempuan sebuah kolej perubatan swasta hari ini memfailkan saman sebanyak RM5 juta terhadap pengurusan kolejnya itu kerana dakwaan berlaku cuai dalam menjaga keselamatan pelajar sehingga dirinya dirogol.
Peguam plaintif Mohd Zubairi Salleh dan Mohd Rafizi Abdullah memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif menamakan Masterskill (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di alamat G-8, Jalan Kemacahaya 11, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, Selangor yang mempunyai kampus cawangannya di sini beralamat di Seksyen 19, Jalan Hamzah sebagai defendan.
Mengikut pernyataan tuntutannya, semasa kejadian plaintif merupakan seorang penuntut tahun pertama Diploma Kejururawatan dan penghuni asrama yang disediakan kolej itu.
Pada 9 Feb lalu kira-kira pukul 8.15 pagi, sewaktu plaintif berada dalam asrama kolej defendan di Tanjung Mas, di sini, plaintif bersama lima rakan sebilik telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dengan cara dipercayai memasuki asrama dan menceroboh masuk bilik mereka.
Lelaki tersebut kemudiannya bertanyakan kepada mereka siapa yang bernama “Serena” di dalam bilik tersebut namun setelah dimaklumkan bahawa tiada perempuan yang bernama “Serena” di kalangan mereka, lelaki itu terus meninggalkan bilik plaintif.

Mahfuz Pula Diheret Ke Jawatan Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR 7 Apr - Anggota Dewan Pakatan Rakyat membantah keputusan bercanggah Timbalan Speaker yang membenarkan usul untuk menghadapkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatan Hak dan Kebebasan dengan menggunakan Peraturan 26(1) walhal usul di bentang oleh di bawah Peraturan 36(12).
Keputusan tersebut diambil datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar setelah Dewan ditangguh selama 15 minit apabila perbahasan dalam Dewan sudah tidak terkawal.
"Tindakan membenarkan usul tidak dibincang mengenai peraturan mana yang diguna dan ini bertentangan dengan peraturan Dewan sendiri," Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Timbalan Speaker berkata sekiranya keputusan beliau tersebut dibantah oleh anggota Dewan mereka boleh menggunakan Peraturan 43 untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat.
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bangun mendesak Timbalan Speaker membuat pendirian samada istilah Umno dan APCO boleh digunakan dalam Dewan.
"Saya tidak mahu menjelaskan perkara ini. Siapa yang tidak bersetuju boleh keluar Dewan," jawab Wan Junaidi.

Parlimen harus kutuk keganasan Israel


KUALA LUMPUR, 7 April: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mencadangkan Parlimen yang sedang bersidang ketika ini mengeluarkan satu resolusi khas mengutuk keganasan Yahudi Israel yang sehingga kini terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Gaza.

Mapim turut mencadangkan agar Parlimen membentuk satu kaukus khas iaitu kaukus Malaysia untuk Palestin bagi membolehkan isu keganasan terhadap Gaza dapat dibincangkan dengan lebih serius di kalangan ahli Parlimen.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini berkata, Parlimen harus memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini kerana ia seolah-olah tidak ada penyelesaian.

"Mapim mencadangkan Parlimen agar membuat satu usul khas berhubung isu ini seperti yang pernah dilakukan pada 2009.

"Parlimen harus mengutuk dan mengecam Israel yang terus mengganas di Gaza dan sekarang sedang membuat new settlement di Jurusalem dan kita lihat dunia tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Mapim hari ini juga hadir ke parlimen bagi menyerahkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional bagi mendapatkan sokongan mereka terhadap memorandum Mapim yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rombongan misi flotilla tersebut.

"Mapim mahu semua ahli Parlimen menandatangani surat perakuan menyokong bantahan terhadap Israel dan saya sendiri akan menyerahkan surat tersebut kepada Speaker, Ketua Pembangkang dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan," katanya.

Tegas Azmi juga, ahli Parlimen bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang kerjasama dengan syarikat-syarikat yang sedang menjalankan strategi untuk menguasai dunia melalui syarikat konsultansi dan perdagangan.

"Kita mahu ahli Parliemn sedar bahawa perbuatan Israel dan semua konconya melalui syarikat yang sedang menjalankan strategi untuk menguasai dunia seperti syarikat konsultansi, perdagangan mesti kita hentikan perjanjian dengan mereka," katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa Mapim yang terdiri daripada 24 organisasi gabungan negeri dan kebangsaan akan menyokong satu misi rombongan kapal-kapal (flotilla) yang akan belayar dari beberapa pelabuhan Eropah bermula 3 Mei depan dan dijangka tiba di Pelabuhan Gaza akhir bulan tersebut.

Justeru, Mapim meminta sekurtang-kurangnya dua Ahli Parlimen Malaysia untuk menyertai misi tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan berbincang dan menentukan dua ahli Parlimen yang akan menyertai misi tersebut.

"Kami dari Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan membincangkan siapa yang akan menyertai misi tersebut," katanya.

Beliau sekali lagi mendesak kerajaan agar menghentikan perjanjian dengan Apco Worldwide dan memohon maaf kepada Palestin di atas kerjasama itu.

"Kita nak tegaskan sekali lagi bahawa kita minta kerajaan batalkan perjanjian dengan Apco dan mohon maaf kepada OIC dan rakyat Palestin dan yang pasti bajet hari ini harus ditolak kerana jelas ada peruntukan untuk membayar yuran kepada Apco yang ada kaitan dengan Israel sedangkan mereka sdang menindas umat Islam di Palestin," tegasnya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Hayati Othman (PAS-Pendang), Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat), Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).Hrkh

Shahrizat Jalil dan Ikan Masin

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno yang menyifatkan pemberian RM100 kepada warga Emas di Pulau Pinang sebagai memalukan.
Idham berkata, kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat (PR) yang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng adalah lebih baik berbanding BN yang hanya memberikan RM 100 tetapi untuk lima tahun.
Menurutnya, kenyataan Shahrizat itu sesuatu yang memalukan dan cukup menghina warga emas di negeri itu apabila dengan slambanya Shahrizat menyatakan ‘takziah’ kepada mereka.
“Islam tidak mengukur sebanyak mana nilai yang diberi, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama disisi Allah SWT.
“Bayangkan jika Guan Eng bagi RM100 untuk setahun, BN bagi RM 100 untuk 5 tahun kepada rakyat, mana lebih murah dan memalukan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....